Wah, lama sungguh saya tak jenguk blog saya ni. Sibuk sikit minggu lepas dan minggu ni. Minggu lepas, bonda tercinta datang bersama adik saya yang sedang semester break dari belajar di Bandung, Indonesia. Melepaskan rindu dendam pada cucu-cucu & anak-anak saudara. Kemudian, saya baru sahaja terima kain-kain yang saya beli online untuk dijadikan poncho saya untuk dijual di blog dan facebook saya. Terima kasih Mas dari Buttons Dotcom. Kain-kain yang diterbangkan dari US ini cantik-cantik semua dan exactly apa yang saya mahu untuk koleksi poncho saya. Dan terima kasih juga kepada adik saya, Shafiqah kerana sudi membelikan kain-kain cotton yang dicari di Pasar Baru, Bandung.
Asyik diselubungi dengan kain-kain cotton ni, mendatangkan pelbagai ilham untuk diniagakan. Saya suka sekali! Entah mengapa, berniaga ini adalah suatu benda yang amat menggembirakan saya. Terutamanya sekiranya ilham itu datang sendiri. Jual sesuatu yang lain dari yang lain. Tapi tidak produk MLM. Minta maaf banyak-banyak. Jual kain pun tak apa. Asal jangan suruh saya pujuk orang beli barang yang tidak tentu lagi keberkesanannya.
Seronok dengan poncho, kini ilham datang mencurah lagi. Baju kurung untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan menggunakan kain cotton yang comel-comel. Tak sabar rasanya nak tunggu baju siap dijahit dan kemudian di-upload ke Facebook & blog. Thrill dari menjual barang yang diilhamkan sendiri ni lain sikit. Excited bila ada orang yang comment dan bertanya, belum lagi kalau barang dapat dijual! Seronok sungguh! Walaupun tidaklah banyak mana hasilnya (tidaklah sampai jadi jutawan kan?), sekurang-kurangnya kepuasan itu yang lebih penting.
Kalaulah saya ni pandai menjahit, lagi seronok bukan? Mmm, kena belajar menjahit rasanya dalam masa terdekat ni. Itulah, dulu mak pernah suruh belajar menjahit masa tunggu SPM, tapi masa tu minat saya lebih kepada buat kek dan kuih, hasrat itu dilupakan. Kalau tak, tentu dah bukak butik baju sekarang ni!
Apa pun, diharapkan usaha kecil-kecilan ini akan menjadi suatu yang besar suatu hari nanti. Insyallah.. Doa-doakan lah...
3 comments:
Shu,
kat JKT pun ada tmpt jual kain murah2 n cantik2..
p/s : Baju kurung untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan menggunakan kain cotton yang comel-comel.
SP
ye cik sp.. saya mmg sangat lah teringin nak ke jakarta untuk membeli kain2 utk diniagakan.. malangnya ongkosnya kurang.. kena mintak tolong org belikan jek.. hukhuk..
credit to my friend jugak ye..
Post a Comment