BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

Sunday, August 29, 2010

Selamat Hari Raya!

Salam semua.. Loooongg hiatus I have been kan? Sibuk mencari rezeki, insyallah... Sebelum puasa, saya sibuk mengambil tempahan baju raya dan juga menghabiskan jualan baju kurung & baju melayu kanak-kanak saya.. Alhamdulilah, hampir habis semuanya.. Tinggal 2 pasang aja lagi.. Anda nak beli? Hehehe.. Bila dah mula puasa, sibuk pula saya menguruskan tempahan kuih raya. Tahun ini sambutan sedikit hambar berbanding tahun-tahun sebelumnya.. Mungkin competition semakin banyak.. Jadi ada banyak pilihan.. Kalau anda lihat di Facebook, banyak sungguh orang-orang persendirian atau company yang mengiklankan kuih raya mereka.. Saya satu di antaranya. Tapi alhamdulilah, di penghujung tempoh tempahan, dapat juga saya menambahkan order (thank u Kak Tinah) dari Singapore.
Tinggal beberapa hari lagi sebelum saya akan pulang ke kampung saya di JB (hooray!), jadi dalam tempoh 4 hari ni, sibuklah saya menguruskan delivery kuih-kuih raya & juga baju-baju raya yang ditempah.. Tahun ni, kami 4 beranak akan pulang ke JB menaiki Firefly, memandangkan kami tidak punya kereta buat masa ni. Alhamdulilah, kami dapat beli tiket murah = RM 177.00 utk 4 orang. Ok kan? Balik ke Shah Alam semula, kami akan menumpang keluarga saya yang akan ke KL semula untuk menghantar adik saya ke airport untuk pulang ke Bandung, Indonesia.
Macam mana persiapan Hari Raya anda? Bagi saya, tahun ini sangat ala kadar. Tak ada apa yang dibeli. Keadaan ekonomi tidak mengizinkan. Tak apa lah, yang penting, baju raya anak-anak semua ada. Bila usia semakin bertambah, excitement untuk beraya pun semakin berkurangan. Cuma yang saya paling suka waktu raya ni adalah balik ke JB, berbuka bersama keluarga, santapan di pagi raya & berjalan ke rumah saudara mara. Dek kerana tinggal di Shah Alam, waktu raya ni saja yang saya & keluarga berpeluang berjalan-jalan ke Singapore. Sambil-sambil menziarah saudara, sambil-sambil makan angin. Teringin rasanya melawat ke Universal Studios di Sentosa. Itupun kalau ongkosnya cukup.. Yelah, bila beraya, anak kita dapat duit raya, kita pula yang perlu bagi duit raya. Baru saja saya pulang menukar wang di bank.. Aduuuhhhh... Banyak jugak kena tukar. Tahun ini saya dan adik saya dah pakat.. Buat flat rate.. Hehehe.. Maksudnya, tak kira umur, amount duit raya nya sama aja untuk semua... Harap mereka fahamlah yea.. Ekonomi gawat!
Saya rasa, cukuplah sampai di sini celoteh saya.. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang membaca blog saya ini.. Maaf zahir & batin sekiranya ada entry saya yang menyinggung mana-mana pihak....Salam Aidilfitri!