BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

Monday, July 5, 2010

Qada' & Qadar

Salam.. Agak lama juga saya tak bercorat coret di blog ni.. Sibuk & juga tak ada modal nak bercerita.., Kehidupan seperti biasa.. Sibuk.. Rumah - kedai - rumah. Apa lagi kan? Alhamdulilah, business baju kurung & baju melayu untuk kanak-kanak saya berjalan lancar. Hanya tinggal beberapa pasang lagi.. Anda nak beli? Sila lawat my baby poncho store di Facebook (sempat promote tu!). Kemudian tailoring business saya pun mendapat sambutan.. Alhamdulilah.. Tempahan sudah penuh dan sudah ditutup. Tahun depan kena start buat collection awal sikit. Emm.. Apa lagi?? Poncho saya pun masih berjalan. Sedang menunggu kain tiba dari US.. Terima kasih Mas! Boleh la sikit-sikit. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan? Dan yang akan tiba tak lama lagi: Kuih Raya! Insyallah minggu ni sampailah shipment sampel kuih saya. Tak sabar nak ambik gambar & diuploadkan. Tunggu ya!
Semalam, sahabat rapat saya datang menyinggah, sambil hantar kain untuk tempahan last minit. Tak boleh ambil lagi dah, saya bagitau dia.. Tapi kerana dah merayu-rayu, saya terimalah sepasang lagi. Dah lama tak jumpa, maka bersembanglah kami mengenai kehidupan masing-masing. Masalah keluarga, masalah kewangan & gossip! Mana boleh tinggal gossip tu! Cerita punya cerita, boleh dikatakan kami mengalami masalah yang sama, cuma berbeza konsep. Faham tak? Dua-dua ada masalah kewangan, adalah masalah dengan kehidupan, cuma dari aspek yang berbeza. Kawan saya ni kerja Kerajaan, suaminya kerja bank. So, boleh dikatakan dua-dua stabil. Tapi tetap ada masalah kewangan. Saya? Memanglah ada masalah kewangan. Tapi dalam proses adjustment. Berdikit-dikit dulu la kan. Tapi moral dari cerita ini, kami berdua agak sepakat bahawa kemungkinan besar apa yang berlaku pada kami ni adalah hasil dari perbuatan kami dulu.. Ya lah.. dulu-dulu.. Zaman-zaman bujang belajar kat UiTM.. Oh, saya dan kawan saya ni, housemate masa di UiTM. Faham-faham sendirilah. Culture shock sikit pun ada. Bebas pun ada.. Hanya Allah saja yang boleh mengampunkan dosa-dosa kami. 
Tapi kami juga setuju bahawa ini semua dugaan Allah. Kami diuji dari segi kewangan dan duit. Mungkin orang lain tiada masalah duit, tapi diuji dengan cara lain. Mungkin diuji dari segi hubungan suami isteri, atau keluarga atau masalah cinta. Hanya Allah saja yang tahu. Yang kita mampu adalah usaha & redha dengan qada' & qadarnya. 
Macam kes saya ni, saya yakin, apa yang berlaku pada saya ini akan berubah satu hari nanti insyallah. There's always a silver lining in every grey sky (betul ke?). Tapi, sungguh! Saya yakin! Mungkin saya tidak akan kaya raya seperti Tony Fernandez, tapi sekurang-kurangnya hidup saya bebas dari hutang-piutang & hidup aman & tenteram dengan apa yang saya perolehi. Ada orang gigih berniaga MLM atau direct selling, tapi itu tak termasuk dalam kamus saya. Berniaga, yes! Tapi insyallah dengan produk saya sendiri. INSYALLAH!
Apa pun, tiada apa yang boleh dicapai tanpa doa & restu dari ALLAH swt. Mungkin kadang-kadang saya sering alpa & lupa, tapi insyallah saya akan cuba sedaya upaya untuk kembali pada-Nya untuk memohon kebaikan dan rezeki bagi keluarga saya. AMIN....

2 comments:

Anonymous said...

hurm..

dosa2 lama tu mcm bayang2, kalau hilang pun, sekejap nanti dia muncul balik dlm kepala. semoga kita semua diampuni Allah dan dipermudahkan segalanya.

Siti Shuhadah said...

amin....