Masa saya mula-mula tengok berita tentang misi flotilla ke Gaza, saya tak lah berapa ambik berat sangat. Sebab pada fikiran saya masa tu, it's a peace mission, mesti tak ada apa-apa. Tapi bila saya terbaca surat khabar tentang kapal Rachel Corrie ditawan dan diserang, saya jadi marah. Saya pasti semua orang marah. Pertama, mereka bawa misi keamanan dan bekalan makanan dan ubatan ke Gaza. Kedua, mereka di perairan antarabangsa. Ketiga, mereka diperlakukan seperti penjenayah. Jahat, zalim, bangsat (sorry abt the language) adalah perkataan-perkataan yang boleh dikaitkan dengan Israil ni. Laknatullah! Al-Fatihah buat mereka-mereka yang syahid akibat tindakan laknat Israil ini.
Bila kejadian-kejadian sebegini berlaku, dunia mula bersuara. Tapi cukup kuatkah suara-suara lantang mereka? Adakah dengan menyatakan "Kami Kecam Perbuatan Israil" boleh melemahkan mereka? Saya rasa tidak. Kerana anda semua tentu sudah maklum bahawa disebalik kuasa jahat Israil, ada kuasa besar lain yang menyokong tindakan-tindakan zalim mereka. Saya pernah menonton sebuah klip video tentang serangan ke atas flotilla Rachel Corrie di YouTube yang menceritakan bagaimana sebelum kapal tersebut diserang, pihak askar Israil meminta kebenaran dari kuasa besar US untuk menyerang kapal tersebut. Hanya selepas mendapat "green-light", baru mereka menawan kapal Rachel Corrie tersebut.
Saya ingat lagi membaca sebuah buku tentang tanda-tanda besar Kiamat. Di antara tanda besar kiamat adalah apabila Palestin mendapat keamanan sepenuhnya dan tanah Baitulmuqaddis menjadi kepunyaan Palestin sepenuhnya dan Israil tewas. Insaf saya bila teringat apa yang dibaca dan apa yang berlaku sekarang. Apa yang Israil cuba buat sekarang ini adalah menghapuskan semua generasi kanak-kanak dan wanita Palestin dengan tujuan menghapuskan pelapis-pelapis yang dikhuatiri akan menentang Israil satu hari nanti. Macam zaman Firaun dahulu, membunuh semua bayi yang dilahirkan. Ya Allah, lindungilah mereka-mereka yang dizalimi ini.
Apa yang kita boleh buat untuk bantu Palestin? Dengan doa, sudah tentu. Selain itu, kita juga boleh bantu melemahkan ekonomi Israil dengan memboikot barangan yang menjadi sumber ekonomi Israil. Coke, McDonalds, Nestle, Johnson & Johnson adalah antara produk Israil. Saya masih ingat sakitnya tangan saya sampai lebam kebiruan kerana dicubit adik saya kerana ingin order air Coke ketika makan di Kenny Rogers. Sampai lebam. Tegas dengan pendirian memboikot Israil. Saya yang dulu memang suka minum Coke, kini tidak lagi! Mesti adik saya tersenyum bangga.
Tapi adakah matlamat kita memboikot barangan Israil tercapai sekiranya orang lain tetap menyokong? Bagaimana pihak kerajaan begitu gah melaungkan rasa marah di Parlimen, mengecam perbuatan Israil, sedangkan iklan Coke kemain hebat di TV sempena World Cup 2010? Bukankah itu menyokong namanya? Kalau kita betul-betul insaf dan bersungguh memboikot Israil, lakukan dengan betul! Sekat semua barangan Israil! Tapi saya yakin, kerajaan kita tak mampu buat begitu kerana takut ekonomi dan sumber pendapatan negara jatuh lingkup. Kerana saya juga yakin, tanpa kita sedari, 50% perniagaan Antarabangsa di Malaysia di dominasi oleh Israil atau Yahudi.
Jadi, sia-siakah usaha kita? Bagi saya, usaha memboikot tetap diteruskan sebagai sumbangan kecil saya kepada rakyat Palestin. Anda bagaimana?
2 comments:
oh i am so proud of you!
felt like crying! hehe
hari tu one of the volunteer dr msia yg pg flotilla gaza tu dtg sini bg talk.
tau.. mama bgtau..
Post a Comment