Salam Aidilfitri.. Rasanya masih tak terlewat lagi untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin kepada anda kan? Bagaimana Aidilfitri anda? Mesti best. Bagi saya dan keluarga, raya kali ini agak seronok kerana anak-anak saya dah besar. Ammer dah pandai cakap "Selamat Hari Raya" & Aleeyah dah pandai bergaya dengan beg rayanya... Comel.. Ammer pun dah faham konsep duit raya. "Mama, nanti Ammer nak beli roket, tembak-tembak dengan kereta pakai duit raya tau!". Hehehe... Saya rasa diri ni macam dah sedikit tua bila dengar Ammer petah bercakap.
Walaubagaimanapun, ada juga bibit-bibit yang tidak beberapa menyeronokkan dari Aidilfitri tahun ni. Tahun ni, pertama kali kami sekeluarga beraya tanpa kereta. Balik raya tahun ni, kami sekeluarga pulang ke JB menaiki Firefly. Rezeki kami dapat beli tiket murah (RM177.00 untuk 4 beranak) jadi kami pun terbang pulang. Tapi bagus juga sebab akhirnya dapat juga saya memuaskan hati Ammer yang teringin sangat nak naik "aeroplane". Seronok tak terkira sampai tak mahu dipakaikan seat belt bila diarahkan. Tapi separuh jalan, dia tidur pula. Aleeyah pun seronok jugak naik aeroplane. Cuma dia kecik lagi, jadi tak adalah kata-kata excitement yang keluar. Hanya seronok memandang ke luar tingkap.
Tapi yang paling tak seronoknya raya tahun ni adalah insiden baju raya. Kalau anda follower blog saya (ada ke?) atau anda pernah terbaca dlm entry saya sebelum ini, saya menjalankan business tailoring. Nak dijadikan cerita, budak tailor saya ni tak pandai budget masa. Nasib baik semua baju customer saya dah disiapkan, kalau tak, tak tau lah apa jadi pada saya sekarang ni. Jadi, apa yang berlaku adalah, saya diberikan harapan palsu. Bila semua baju cust saya siap, saya bgtau baju saya sekeluarga perlu disiapkan dan diposkan kepada saya di JB. Saya dah siap bekalkan sampul untuk courier, borang courier pun dah diisi. Sepatutnya, ada 5 pasang baju yang perlu dia jahit. Baju saya 2 pasang, baju anak-anak saya sorang sepasang & baju melayu suami saya. Berkali-kali saya tanya dia, baju mana yang dah siap, baju mana yang belum. Dengan confidentnya, dia bagitau saya, baju saya sepasang dah siap, baju anak-anak dua-dua dah siap, baju suami pun dah siap. Legalah hati saya dengar dia cakap begitu. Isnin tiba, baju masih tak siap. Bawa ke selasa, masih lagi tak siap. Katanya sikit lagi. Saya bagitau dia, hari rabu mesti pos macam mana pun. Hari rabu tiba, saya call dia dari pagi sampai petang, telefon tak berjawab. Akhirnya pada pukul 4.30, baru dia angkat phone. Bila saya tanya, katanya belum pos sebab belum siap. Kerana terlalu marah dan kecewa, saya menangis. Bukannya apa, saya tak kisah sangat kalau baju tak siap, tapi kalau memang tak siap, bagitau lah saya. Sekurang-kurangnya masih ada masa lagi untuk saya beli yang lain untuk anak-anak saya. Walaupun marah, saya cuba uruskan juga dengan call DHL Courier untuk tanya pukul berapa kaunter mereka tutup. Menurut DHL, kaunter mereka tutup jam 9.00 malam. Saya bagitau budak tu, walau macam mana pun, kena hantar juga malam tu, kalau tak tak sampai pada saya hari Khamis. Jumaat dah raya! Macam-macam alasan diberikan, bas lambat la, abang overtime, tak ada orang nak hantar ke kaunter DHL la. Akhirnya, saya tanya dia lagi, sebenarnya baju siap atau tak. Sambil menangis, dia beritahu yang baju suami saya masih belum siap dan baju saya satu lagi belum siap. Mengucap panjang saya. Secara kebetulan, seorang sahabat saya akan pulang ke JB dari Shah Alam malam itu. Saya beritahu budak tu yang siap ke tak siap, dia mesti hantar baju saya pada kawan saya tu. Saya berjaga sampai jam 2.00 pagi kerana budak tu menunggu abangnya yang tak pulang-pulang dari overtime (wallahua'llam betul ke tidak), tapi akhirnya saya give up untuk menunggu. Akhirnya saya call dan beritahu yang saya dah tak boleh fikir jalan lagi kecuali yang terakhir ni. Dia kena tumpangkan baju-baju saya melalui bas yang akan bertolak dari Shah Alam ke JB hari Khamis pagi tu.
Selepas banyak sangat alasan yang diberikan, saya sudah tidak menaruh harapan yang tinggi yang saya akan jumpa baju saya hari Khamis tu. Tapi alhamdulilah, bila saya bangun tidur pagi Khamis tu, bapa budak tu SMS saya, beritahu yang barang sudah dihantar melalui bas jam 8.30 pagi itu. Lega campur berdebar. Sebab saya pasti mesti ada baju yang tidak siap. Tapi saya dah rancang, kalau ada yang sikit-sikit tak siap tu, boleh saya hantar ke tailor cina berhampiran rumah saya di JB tu. Jam 1.30, bas dari Shah Alam pun tiba di Terminal Bas Larkin. Bila diturunkan driver bas, saya sedikit terperanjat kerana kotaknya besar! Dalam hati terdetik, takkan baju lima pasang kena pakai kotak besar. Berat pula tu. Kata hati berkata, entah-entah dia pulangkan sekali kain-kain customer untuk tempahan lepas Raya agaknya.
Ya Allah! Tepat sekali! Semua kain customer saya dipulangkan. Tapi yang paling menyedihkan dan dalam masa yang sama mengelegakkan darah saya adalah, BAJU SAYA SEMUA TAK SIAP!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Dari lima pasang, cuma baju saya sepasang saja yang siap jahit! Yang lain, cantum pun tidak! Dia dah potong, dah dijahit tepi, tapi satu haram tak cantum! Yang dia kata baju anak-anak saya semua dah siap, baju suami saya sikit lagi tu, semuanya tipu! Yang paling best baju saya sepasang lagi tu, potong pun belum! Patut ke???? Saya menangis macam hujan lebat dalam kereta bila bukak kotak tu. Macam saya cakap tadi, saya tak kisah sangat kalau baju tak siap, tapi jangan BOHONG la kan?! Bila saya call, dia tak jawab, lantas dimatikan handphonenya. Saya cuba nombor maknya. Pun sama. Allah saja yang tahu perasaan saya masa tu.
Lantas saya segera ke kedai tailor cina tu, dengan harapan dapatlah minta dia cantum kain-kain tu semua. Bila saya cerita balik apa yang jadi pada cina tu, hujan lebat lagilah saya kat kedai tu. Saya sangat sedih diperlakukan sebegini sedangkan saya sangat baik dan sangat bertolak ansur dengan budak tu. Kata tailor cina tu, baju Aleeyah bolehlah siap malam nanti, tapi baju Ammer dan baju suami saya ambil masa dalam 2 hari. Memang tak boleh nak buat apa-apa, saya setuju sajalah. Dari situ, kami bergegas ke Plaza Angsana untuk mencari baju lain untuk Ammer. Walaupun dapat beli yang lain, rasa sebal dan kecewa sangat tebal dalam diri saya. Kenapa perlu dia bohong? Kalau dia jujur dan terus terang yang baju tak boleh siap, tidaklah jadi begini. Ya, mungkin dia takut, tapi keadaan lagi teruk macam ni kan?
Dek perbuatannya, saya terpaksa cari tukang jahit yang lain. Nak buat macam mana kan? Tapi, alhamdulilah, sebaik sahaja saya letak iklan online, banyak yang respon. Tapi kesal itu tetap ada, sebab hasil jahitannya bagus dan kerana saya sudah biasa dengannya, senang nak berurusan. Tapi , apa nak buat kan? Tapi, semua yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Jadi, itulah cerita Hari Raya saya tahun ini. Selain dari kejadian baju raya tu, yang lain semua ok. Apa yang berlaku akan dijadikan iktibar dan diingat sebagai pengalaman bahawa manusia ini dijadikan dengan pelbagai sifat dan ragam. Kesabaran yang akan menentukan sama ada kita berjaya menghadapi semua cabaran ini. Insyallah.....
0 comments:
Post a Comment