Baru-baru ni suami saya telah meletakkan status yang agak "political-provocative" di Facebooknya. Suami saya ni extreme sikit bab-bab politik ni. Lebih-lebih lagi dengan isu arwah Aminulrasyid dan polis ni, dia jadi membara-bara anti-polis. Saya pun sama juga, cuma tidaklah se-extreme dia. Tapi jangan salah paham, bukan anti-polis secara keseluruhannya, cuma mereka-mereka yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka dengan amanah dan jujur.
Sejak insiden arwah Aminulrasyid, seakan-akan wabak yang menular pula sekarang ni aksi tembak-menembak antara polis dan remaja. Macam berjangkit. Saya tidak menuding jari sepenuhnya kepada organisasi polis. Sesungguhnya, keamanan yang kita nikmati selama ini hasil dari tugas mereka. Walaubagaimanapun, segelintir dari mereka ini yang menyebabkan institusi ini umpama "tercemar". Abaikan kejadian tembak ini. Rasuah juga sinonim dikaitkan dengan polis Malaysia.
Berbalik kepada cerita suami saya tadi, dek disebabkan statusnya, seorang sahabat telah menyuarakan pendapat beliau mengenai status suami saya tadi. Tapi pendapat beliau itu pro-politik. Mungkin kerana suami beliau orang kuat sebuah parti "besar", jadi beliau tentulah sealiran dengan suaminya. Saya beritahu suami saya, tak perlu dibalas komennya tu. Jangan dijolok sarang tebuan! Nanti jadi besar nanti! Tapi kerana degil, dijawabnya juga komen sahabat tadi. Apa lagi, panjanglah sesi berbalas pantunnya!
Apa yang cuba saya sampaikan di sini, setiap orang memang ada pendapat masing-masing. Tapi kalau kita memang sudah tahu bagaimana pegangan politik seseorang tu, tak guna kita bertekak untuk menegakkan pegangan kita. Kadang-kadang, ada segelintirnya yang begitu taksub dengan pegangan dan pemahaman, mereka enggan menerima kebenaran dan mengakuinya, walaupun mungkin sedetik dalam hati mereka tahu kebenarannya. Kalau diteruskan juga hujah, nanti buat sakit hati saja. Sudah terang lagi bersuluh, itu situasi yang saya dapat gambarkan mengenai peristiwa-peristiwa yang melibatkan polis hari ini. Teringin saya dengar apa komen Ketua Polis Negara mengenai semua insiden yang berlaku ini. Bukannya apa, beberapa hari selepas insiden arwah Aminul, kemain lagi beliau keluarkan statement yang sinis dan menyakitkan hati. Siap merajuk lagi. Sekarang? No komen?
Sementelah itu, saya tanya pendapat sepupu saya yang juga seorang polis, tapi di Singapura. Beliau pun agak terperanjat dengan insiden yang berlaku di negara kita ini. Kata beliau lagi, kalau di sana, kalau lepaskan satu das sahaja tembakan, dah berpuluh-puluh report yang perlu dibuat, apatah lagi kalau tembakan tu mengenai orang! Jawabnya tak balik rumah la hari tu.
Mungkin betul Ketua Polis Negara (atau orang yang layak menyandang jawatan itu) perlu menilai semula operasi standard penggunaan senjata oleh pihak polis ini. Mungkin, instead of guns, mereka boleh guna Taser (stun gun) untuk memberhentikan suspek. Kalau sesi kejar mengejar, kejar la sampai dapat. Bukan ke PDRM sekarang dah guna Mitsubishi Evo dan motor Scrambler or Ninjas as they call it? Jadi, gunakanlah 100% kemampuan kereta tu untuk mengejar orang-orang jahat ni. Pistol sebagai last resort or as a defense if they're being attack.
Jadi, renung-renungkanlah!