BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

Thursday, April 29, 2010

Al-Fatihah - Aminulrasyid (3)




Petang tadi, saya cuba meng-upload beberapa keping gambar anak-anak saya untuk diletakkan di Facebook saya. Sedang saya membuka gambar-gambar di dalam kamera satu persatu, saya terlihat 2 keping gambar yang pernah saya ambil dulu. Setelah diamati, rupanya saya pernah mengambil gambar arwah Aminulrasyid (arwah berbaju kuning)! Gambar ini diambil pada 2 April 2010, dengan tujuan untuk dikongsi dengan pembaca blog saya (topic: down-scaling). Rupa-rupanya arwah ada dalam gambar tersebut. Tersentak seketika saya memandang gambar tersebut. Ya Allah, budak yang tak berdosa & naif ini telah tiada lagi! Sebak seketika.

Saya tunjukkan gambar arwah kepada rakan-rakannya yang datang ke kedai tadi. Tersenyum seketika mereka bila mengingatkan hari mereka bermain komputer bersama-sama. Budak-budak ni minta saya framekan semua keratan akhbar yang ada mengenai kematian arwah. Memang itu niat saya, kalau tidak diminta sekalipun. Lebih-lebih lagi gambar ini. Niat di hati mahu dibesar & di-framekan. Untuk tatapan & kenangan bagi sesiapa yang mengenali arwah.

Setakat ini, ada beberapa pages yang telah dibuat bagi menuntut keadilan bagi arwah. Ada 2 di Facebook & ada satu petition page untuk mengumpulkan signature, menuntut keadilan. Petition ini dimulakan oleh rakan-rakan arwah di Sek Men Seksyen 9, Shah Alam. Target; menuntut 10,000 tandatangan. Saya harap, anda sudilah kiranya menyertai petition mereka ini. Walau apa pun, saya cuma berdoa, kebenaran perlu ditegakkan. Yang salah perlu dihukum setimpalnya. Tiada toleransi, walau siapa pun mereka!

Tuesday, April 27, 2010

Al-Fatihah - Aminulrasyid (2)

Mungkin ada di antara anda yang mungkin berkata, mengapa saya begitu sibuk sekali dengan kematian arwah Aminulrasyid? Mungkin ada juga yang berkata, dia bukan saudara pun!
Memang benar arwah bukanlah adik, mahupun saudara saya. Tapi, pernahkah anda berasa marah sekiranya saudara, atau kawan atau kenalan anda yg meninggal dunia tapi sebabnya tidak boleh anda terima? Mungkin kerana kejadian itu berlaku pada orang yang saya kenal, jadi prihatin saya lebih pada arwah. Itulah yang berlaku pada saya.

Walaupun perkenalan saya dengan arwah sangat singkat, ia meninggalkan kesan yang mendalam apabila arwah pergi, terutama bagaimana dia pergi. Kalau orang itu kita memang tau dia sakit, kita tidak akan berasa begitu terkilan kan? Kalau orang itu meninggal akibat kemalangan kereta, mungkin kita akan berasa sedikit ralat, tapi kita masih boleh terima kerana ia perkara yang boleh dianggap "biasa". Tapi yang menjadi kekesalan pada saya adalah arwah DITEMBAK tanpa kesalahan yang nyata beratnya. Dan beliau masih lagi budak-budak. Beliau belum puas menikmati zaman remajanya, belum puas bermain bola dengan rakan-rakannya, belum puas mempelajari erti kehidupan. Memang, ajal dan maut di tangan Allah. Ini memang ketentuanNya. Kita harus redha qada' & qadar yang telah Allah tentukan di Luh Mahfuz. Kalaulah beliau seorang budak yang memang diketahui kerana kejahatan mahupun kenakalannya, mungkin kita tidak berasa begitu sedih. Saya sering terbayang wajahnya, menaiki tangga ke kedai saya, sambil tersengih-sengih. Arwah suka memakai sweater Paul Smith berwarna hitam dengan seluar pendek. Sambil rambutnya digel tercacak-cacak. Gambaran ini sungguh sukar saya padamkan dari memori saya. Bagai pita yang rosak, sering berulang-ulang.

Saya baru pulang dari menghadiri majlis tahlil di rumah arwah. Sungguh ramai sekali rakan-rakan, saudara mara, jiran tetangga yang hadir ke majlis tahlilnya. Ramai yang sampai membanjiri seluruh jalan masuk ke rumahnya. Saya cuba menahan sebak memandang wajah ibu arwah yang tenang membaca Yassin. Tapi airmata jatuh jua saat saya bersalaman dengan ibu arwah kerana beliau bertanya bagaimana saya mengenali arwah. Ayat tak sempat habis, airmata dah bercucuran. Kakak arwah juga saya lihat sesekali teresak-esak semasa membaca Yassin. Kata orang, arwah sangat rapat dengan kakaknya. Semua orang yang mengenalinya tahu yang beliau bukan budak jahat, apatah lagi penyamun seperti yang digembar gemburkan di dada-dada akhbar hari ini. Sampaikan sang ibu perlu memberitahu umum yang anaknya bukan seperti yang dikatakan.

Petang tadi, puas saya menjadi reporter part time, mengorek cerita sebenar dari kawan-kawan arwah yang tahu cerita yang sebenar. Rupanya arwah seakan tahu yang beliau akan pergi. Sempat beliau memohon maaf dari rakan-rakannya. Sempat juga beliau memohon maaf dan bergurau senda kali terakhir dengan ibu dan adik beradiknya. Rakannya bercerita, arwah ada mengajak rakannya menemannya untuk membeli hadiah buat ibunya, sempena Hari Ibu yang bakal tiba. Suatu perkara yang jarang dibuat, kata rakannya.

Kalau saya, yang baru sahaja mengenali arwah punya perasaan begini, apa lagi ibunya & adik beradik arwah? Rupanya, tempat kejadian sangat dekat sungguh dengan rumah arwah. Mungkin niat arwah untuk memandu masuk terus ke kawasan rumahnya, tapi tak sempat dek bedilan peluru yang bertalu-talu.

Mungkin ada yang bertanya, bagaimana pula keadaan rakannya yang bersama-sama arwah ketika kejadian itu? Apa yang boleh saya katakan, sesungguhnya kejadian malam itu akan menjadi satu sejarah hitam & trauma bagi dirinya. Bayangkan, rakan sendiri meninggal di pangkuan ribanya? Disangka rakannya bergurau, rupanya sudah tidak bernyawa lagi!

Saya cuma berdoa dan berharap agar kebenaran dapat ditegakkan. Yang salah perlu dihukum dan janganlah ada pihak-pihak yang cuba menutup kebenaran yang sebenarnya sudah jelas. Bak kata pepatah "sedang terang lagi bersuluh".

AL-FATIHAH

Jangan Gelar Dia Penyamun, Kata Ibu Remaja Yang Ditembak Polis






Jangan Gelar Dia Penyamun, Kata Ibu Remaja Yang Ditembak Polis

SHAH ALAM, 27 (Bernama) -- Norsiah Mohamad, ibu kepada Aminulrasyid Amzah, remaja yang ditembak mati awal pagi semalam ketika didakwa cuba melanggar beberapa anggota polis, meminta supaya Allahyarham anaknya tidak digelar penyamun atau penjenayah kerana beliau lebih mengenali siapa sebenarnya anaknya itu.

"Sebagai ibu yang melahirkan dan membesarkannya saya sangat terluka dan mohon supaya jangan gelarkan arwah anak saya sebegitu rupa. Tidak adil menuduh anak saya sebegitu tanpa pengesahan," katanya kepada pemberita di rumahnya ketika dikunjungi Menteri Pertanian dan Indusri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar Selasa.

Norsiah, 61, berkata beliau tidak mengatakan anaknya itu sempurna namun bagi dirinya, Aminulrasyid adalah seorang remaja yang aktif dalam pelbagai sukan, periang, mempunyai ramai kawan dan bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah tahun ini.

"Saya tidak sangka sikapnya yang manja berlebih-lebihan dengan mencium dan memeluk saya saban hari sejak akhir-akhir ini menjadi kenangan yang ditinggalkannya. Malah dia beria-ria mahu membersihkan kubur arwah bapanya yang meninggal dunia pada 2004 tetapi itu tidak kesampaian," katanya.

Norsiah berkata keluarganya telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di Seksyen 11 di sini Isnin malam.

Aminulrasyid, 15, dilaporkan terkena tembakan yang dilepaskan oleh anggota polis peronda apabila dia disyaki cuba mengundurkan kenderaan yang dipandunya untuk melarikan diri daripada satu sekatan jalan raya.

Menurut polis sebilah parang ditemui dalam kereta itu.

Noh pula berkata beliau akan membangkitkan isu kematian remaja itu dalam mesyuarat kabinet esok bagi meminta supaya polis menjalankan siasatan kes itu secara adil.

Beliau berkata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar sendiri telah memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara terperinci dan tidak akan melindungi mana-mana pihak yang terlibat.

Noh, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, berkata Umno negeri sedia membantu termasuk dalam memberikan khidmat guaman terbaik kepada keluarga itu jika diperlukan.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula meminta agar siasatan polis dilakukan dengan jujur dan telus dalam usaha mengenal pasti perkara sebenar yang berlaku.

Beliau juga berkata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi Negeri, Rodziah Ismail, akan memantau keadaan sebelum mengambil langkah yang sepatutnya berhubung kebajikan keluarga itu.

-- BERNAMA

Monday, April 26, 2010

Al-Fatihah - Aminulrasyid

Anda sudah baca petikan dari Berita Harian yang saya letakkan di blog & Facebook saya?
Namanya Aminulrasyid. Memang tidak lama saya kenal beliau, tapi dalam tempoh yang singkat ini, beliau agak manja dengan saya & anak-anak saya. Aminul & rakan-rakannya merupakan diantara regular customer di kedai saya. Budaknya baik & sopan. Saya pernah tolong beliau print & binding kerja khusus Sejarahnya. Dia juga suka bergurau dengan saya. Kali terakhir saya jumpa beliau adalah semalam, Ahad. Sekali semasa beliau datang ke kedai saya, dan sekali lagi semasa saya sedang makan di night circle. Beliau lambai ke arah saya & anak saya semasa dia dalam perjalanan pergi bermain bola. Ini adalah pertama kali dalam hidup saya, orang yang saya kenali maut ditembak polis. Yang amat dikesalkan adalah, beliau tidak bersalah! Kesalahan beliau adalah keluar membawa kereta tanpa lesen (kereta kakak beliau) untuk berjumpa kawan yang lain. Beliau baru 15 tahun! Perlukah polis melepaskan sampai 4 das tembakan ke arah budak sekolah yang berumur 15 tahun? Masalahnya, polis tidak diancam dari apa-apa segi sekalipun! Lainlah kalau budak tersebut melepaskan tembakan dahulu! Kawasan saya ini adalah kawasan yang aman. Memang ada kes kecurian, tapi itu memang biasa di mana-mana tempat sekalipun. Tak bolehkah kalau mereka hanya mengejar kereta tersebut? Kau saman ke, tahan di balai ke, suka hatilah, tapi tembak? Sungguh tak boleh diterima akal!
Apa yang pasti, nyawa seorang remaja telah terkorban semalam akibat tindakan tidak bertanggungjawab polis. Dia bukan penyamun, dia bukan perompak. Dia hanya seorang remaja.
Terbayang-bayang saya wajahnya di saat ini. Saya seolah-olah kehilangan seorang adik. Beliau juga anak yatim (kematian ayah). Tinggal dengan ibunya. Kawan-kawannya semua sedang bersedih. Jenazah arwah sedang diuruskan sedang saya menaip entry ini.
Marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah adik Aminulrasyid. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan ahli-ahli syurga. Amin.

Berita Harian Online | Kes tembak remaja: 4 peronda polis ditukar serta-merta

Berita Harian Online | Kes tembak remaja: 4 peronda polis ditukar serta-merta

Saturday, April 24, 2010

Bad Connection

Hi. Agak lama saya menyepikan diri sejak entry saya yang terakhir. Bukanlah sibuk sangat, cuma tiada topik yang sesuai untuk dikongsi bersama. Hari ni baru dapat "ilham". :)
Internet provider apa yang anda gunakan sekarang? Streamyx? Maxis? P1Wimax? Begitu banyak provider sekarang ni sampai kita pun tak pasti mana yang bagus & mana yang tidak. Betulkan? Saya pernah mencuba pelbagai; dari Maxis, ke P1Wimax, Digi dan sekarang Streamyx. Mana yang bagus? Semua ada pro & cons nya. Tapi yang boleh dikatakan terbaik sehingga ke hari ini adalah Streamyx & Digi. Digi, bila saya gunakan internet di rumah. Streamyx, tentulah untuk kedai. Yang paling teruk? P1WIMAX!
Saya rasa begitu banyak complaint yang saya laporkan semasa saya gunakan P1 ni. Begitu banyak kata-kata "kurang baik" yang telah dihamburkan kepada customer service P1 ni. Mula-mula saya "sign up" P1, semuanya ok, semuanya cun. Masuk minggu ke-2, connection dah unstable. Bila saya call, katanya saya berada di "border" connection area mereka, itu menyebabkan line saya tak stable. Oh, macam orang lain, saya dapat indoor modem (yang warna hitam tu). Jadi saya pun bisinglah, saya bayar untuk perkhidmatan, tapi tak dapat perkhidmatannya. Setelah beberapa complaint, technical support mereka pun berjanji untuk waive access fee untuk bulan yang pertama. Perkara yang sama berlanjutan selama beberapa bulan, di mana akhirnya, pihak P1 mencadangkan kepada saya untuk memasang "Outdoor Unit" untuk mendapat connection yang lebih baik dan laju. "Unit" tersebut dipasang di atas bumbung rumah saya. Beberapa minggu selepas pemasangan, semuanya ok semula. Tapi sekejap aja.....
Komplen punya komplen, saya dah bosan dengan P1. Saya terus ubah haluan dengan komplen terus ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia. Kelam kabut diorang. Dipendekkan cerita, kerana masalah saya tak selesai juga, saya terus berhenti guna servis P1.
Kemudian, beberapa hari lepas, saya dapat panggilan dari P1 minta saya selesaikan bil yang tertunggak. Apa lagi, mengamuk besar la saya!! Dah la saya tak dapat guna apa-apa servis, nak minta saya bayar pulak. Saya beritahu officer tu yang saya tak akan bayar walau sesen pun. Yang bikin saya lagi mengamuk adalah soalan dia, "boleh tak puan datang ke pejabat kami untuk memulangkan modem semula?" Macam mana saya nak pulangkan modem diorang kalau modem tu dah di atas bumbung rumah saya? Yang saya bingit tu, kenapa orang-orang yang call saya ni, tak ada initiatif untuk semak account saya dulu, apa masalah saya, modem apa yang saya guna sebelum call saya? Bukan sekali ok, banyak kali saya diutarakan dengan soalan tu! Atas nasihat adik saya, saya pun buat laporan sekali ke SKMM. Apa lagi, menggelupur mengelejat la diorang call saya dan beritahu yang mereka waive semua penalty charges ke atas saya. Kemudian semalam, akhirnya, outdoor unit telah ditanggalkan dari bumbung saya. Ini merupakan pengalaman buruk yang pernah saya alami dengan mana-mana service provider. Jadi, sekiranya anda mengalami masalah dengan Internet anda, apa lagi, lapor terus ke SKMM! Pasti company-company ni akan menggelupur seperti cacing kepanasan!
Maaf la ye sekiranya entry hari ni agak membosankan. Cuma berkongsi pengalaman!

Monday, April 19, 2010

Perut Oh Perut

Saya mempunyai perut yang sangat sensitif. Jangan silap makan, alamatnya tertonggeng la saya di bilik air. Dalam banyak-banyak sakit (selain sakit bersalin), saya paling takut kalau sakit perut akibat keracunan makanan. Sebab saya dah tau gambaran yang menanti saya; terbaring & tertonggeng la di bilik air. Pertama kali saya mengalami keracunan makanan dan berakhir di lantai bilik air adalah semasa saya tidur di rumah makcik saya di Simei, Singapore. Tak berapa ingat pulak masa tu umur saya berapa. Yang saya ingat, sebelum tu ada kenduri kecil di rumah makcik saya tu. Makan apa, saya tak ingat. Tapi yang pasti, tengah-tengah malam, saya dikejutkan dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Dahlah saya ni penakut orangnya, nak keluar ke bilik air sorang-sorang, aduhai! Tapi kerana perut dah amat sakit, saya beranikan diri. Saya rasa dekat 1 setengah jam saya terbaring dalam bilik air makcik saya tu... Tuhan je yang tau macam mana sakitnya perut saya ketika tu. Bermula dari situ, saya tak boleh silap makan. Kalau makanan tu kotor, atau terlebih berminyak, atau sudah dimasak lama (macam makanan di kenduri orang kahwin), memang saya kena cirit. Saya ingat lagi masa saya mengandungkan anak saya yang sulung, Ammer. Siangnya saya ke kenduri kahwin kawan saya. Kalau ikut aturannya, makanan ambik masa lebih kurang 8 jam untuk dihadamkan (betul ke Iqah?). Saya rasa mungkin sebab makanan tu dah dimasak awal pagi atau malam sebelumnya, saya kena keracunan makanan. The worst part is masa tu, rumah yang saya sewa tu toiletnya kena cangkung! Saya pula masa tu sarat mengandung. Mungkin 6 atau 7 bulan masa tu. Bayangkanlah, dahlah sakit perut yang amat sangat, perut pulak masa tu boyot! Bila saya call mak saya, dia cakap, " Kau jangan cangkung lama-lama! Nanti terberanak pulak kat jamban!"
Kemudian beberapa bulan lepas, saya kena lagi keracunan makanan. Kali ini, saya terpaksa melibatkan suami saya sebab anak saya Aleeyah terbangun dan mintak susu. Sekali lagi, saya tersungkur di bilik air. Agak teruk jugak situasi saya masa tu. Rasa macam nak bersalin pun ada. Tapi kali ni, suami saya terpaksa menyaksikan adegan "terlampau" saya. Sampai ke hari ini, dia masih akan buka cerita pasal adegan "terlampau" saya tu, kalau dia teringat.
Semalam, saya diserang keracunan makanan "lagi"! Waktu lunch, saya cuma makan nasi lemak di rumah mertua saya, (suami saya pun makan juga) kemudian saya tak makan apa-apa sampai waktu dinner. Tekak ni tiba-tiba terasa nak makan chicken chop pulak semalam. Jadi saya pun orderlah chicken chop di restoran night circle (bawah kedai saya). Sedap, cuma sedikit berminyak. Lepas makan, saya pun naik ke atas semula. Sedang saya bermain-main dengan Aleeyah, tiba-tiba perut saya rasa sakit yang amat macam kena contraction. Saya pun berlari la ke tandas. Mmmmm.. Habis RM10.00 chicken chop yang saya makan tu, keluar balik masuk ke lubang tandas. Ingatkan dah habis la penangan sakit tu. Rupanya bertambah teruk! Saya dah tak peduli orang yang keluar & masuk kedai saya. Yang saya tahu, perut saya sakit! Saya terbaring di tandas (dekat sejam lebih!) & peluh sejuk semua dah keluar. Masalahnya, yang diminta keluar tu tak mahu keluar! Tu yang bertambah azabnya. Pada masa tu, saya rasa seolah-olah nyawa macam nak tercabut dari badan. Sungguh! Sampai menangis saya minta supaya kurangkan sakit. Macam bersalin! Bersalin pun tak teruk sangat macam ni. Setelah sejam saya "berkurung" di dalam tandas, yang dinanti akhirnya keluar. Lega sekejap. Tapi peluh sejuk menyebabkan saya menggigil macam nak demam. Rasa nak pengsan pun ada sebab habis tenaga saya menahan sakit. Lepas makan Pil Poh Chai, barulah lega sikit. Untuk pengetahuan yang membaca, semasa saya menulis entry ni, perut saya masih "berkriok kriok". Maaf kalau entry kali ni agak "menggelikan" untuk sesetengah orang ya!
Cuma bercerita pengalaman sakit perut! ;)

Friday, April 16, 2010

Till Death Do Us Part

I have always wondered what will happen if my marriage does not stays happily ever after? What if in the middle of the journey, we can't sustain the obstacles & the problems that we decided to call it quits? Everyone says that marriage is not an easy task. I agree 100%. I am not trying to freak out those single ladies out there, but honestly, be prepared. Be very prepared. You have no idea what to expect. I look at the people around me, I look at my parents, I look at my in-laws, my friends & everyone that I can relate to. There are so many obstacles. There so many adventures. There so many problems! But some of them still hangs on to the sacred promise of marriage. Why, you may wonder? It could be for the sake of the children, for the pride & ego, for the status or money perhaps. Some people can pretend that they are happy, when they actually aren't. I often wondered, what if one day, I've had it enough. Do I have the courage to face the reality of the world that I'm no longer someone's wife & instead someone's ex-wife? What will happen to my children? Will I meet someone new? Will he be a better man or worst? Honestly, from the day I met my husband (then my boyfriend), I can never imagine myself growing old with somebody else besides him. But, what if, we do get separated, but it's all due to Allah's calling & it's time to go to the other side, will we be prepared? Does it make any difference if we are separated by life or by death? Yes, I guess. Maybe because death means that we'll never see each other again until the judgement day & divorce means that sooner or later, we'll still have to see one another. Every marriage has it problem, and I can't deny mine has too. I'm a hard-headed person & so does my husband. Imagine what happens when two hard-heads meets one another. Major blowouts!
And I always wondered, what if one day, the feelings are no longer there, and the reason you stay together is because you have to. When your heart is broken, and nothing the other person can do to undo it, that's when you know.

Wednesday, April 14, 2010

Childhood Memory - Part 2

Pernahkah anda merasakan betapa susahnya untuk menyesuaikan diri dengan keadaan dan kawan-kawan di sekolah mahupun di office? Saya pernah. Ini adalah sambungan dari entry saya - Childhood Memories - Part 1. Part 2 ni akan menceritakan pengalaman-pengalaman saya ketika berada di sekolah menengah. Saya bersekolah di Sultan Ibrahim Girls School (SIGS) di JB. SIGS boleh dikatakan antara sekolah yang famous. Famous kerana kebanyakan pelajarnya adalah pelajar cemerlang atau anak orang berada atau anak kerabat diraja dan terutama kerana Band Girlsnya. Pada awal Tingkatan 1 dan Tingkatan 2, saya kelihatan agak nerd, kerana spectacles saya yang agak besar. Saya juga sedikit gelap. Mungkin kerana ciri-ciri ini (mungkin!) saya susah untuk mendapat kawan. Apa yang selalu saya lakukan adalah saya sering cuba berbuat sesuatu yang lain untuk mendapat perhatian orang lain. Saya juga akan menjadi extra helpful atau kadang-kadang "pak sanggup" kerana mahukan perhatian kawan-kawan. Mungkin kerana status sekolah itu sendiri dan status pelajar-pelajarnya, brand atau jenama adalah satu perkara yang dianggap penting. Hampir setiap pelajar pasti akan membawa sesuatu yang berjenama. Brand pressure ini turut tertempias kepada saya. Secara automatiknya, saya ingin membeli beg sekolah yang mahal & berjenama. Saya masih ingat, betapa saya mengikat perut & berjimat kerana mahukan beg berjenama Benetton. Seperti yang saya beritahu pada Part 1, mak saya adalah seorang guru. Jadi, beliau adalah seorang yang sangat strict & juga jimat cermat. Jadi, padanya, brand ini semua tak perlu & hanya pembaziran. Tapi pada waktu itu, apa yang kita tahu kan? Apa lagi? Rebel la! :)
Kemudian keadaan berubah, selain brand, saya ingin join dengan "clique" yang happening & popular. Kerana ingin diterima, saya selalu menjadi pak sanggup ataupun bahan lawak kawan-kawan. Akhirnya, I'm in! Keadaan berubah lagi. Saya berubah angin ke "clique" yang lain. Tapi clique ni lain sikit. Ini clique "nakal". Bukan nakal macam mana pun cuma kami gemar melepak ke shopping complex. Semasa saya di Tingkatan 2, saya bersekolah di sesi petang. Masa ni, saya suka naik bas awam. Boleh cuci mata & boleh balik lambat. Aktiviti saya: pagi, selepas semua orang dah pergi kerja, saya akan menaiki teksi ke mana-mana shopping complex yang diingini. Cuma ada satu bad habit yang timbul dari "clique" ni. SHOPLIFTING. Kawan-kawan saya ni suka mencuri benda-benda remeh; seperti marker pen, scribble, kertas-kertas cantik, kaset (masa tu CD mahal atau x famous lagi), magazine & lain-lain. Saya? Adalah terjebak jugak. Tapi benda-benda yang kecik la. Cuma sekali sahaja saya pernah mencuri benda yang mahal, wallet Benetton. Astagfirullahalazim, minta dijauhkan dari anak-anak dan keturunan saya dari tabiat buruk itu. Tapi itu semua kisah silam. Tapi bila difikirkan semula, walau macam mana nakal pun kami, kami masih tahu batas-batas agama & tata susila. Tidak pernah melampaui batas.
Memandangkan sekolah saya adalah all-girls school, kami tak adalah problem boyfriend. Cuma kami ada trend kakak angkat & adik angkat. Jadi, pada masa tu, semua suka mencari junior-junior yang cute untuk dijadikan adik angkat atau senior-senior yang famous untuk dijadikan kakak angkat. Selalunya yang famous adalah band girls ataupun athlete. Saya pun tentulah tak terkecuali. Bila dah ada adik angkat, maka sibuklah jugak memberi hadiah, atau notes (konon macam love note la) atau chocolates pada mereka. Akibat dari aktiviti-aktiviti luar yang bebas ni, result PMR saya cuma dapat 3A, 3B & 2C. Apa lagi, kena lecture la dengan mak saya.
Hasilnya, Tingkatan 4, pergi & balik sekolah dihantar & dijemput. Tapi masa tu trend dah berubah lagi. Kali ini, dah jadi "gatal" sikit. Hehehe.. Dah mula nak cari boyfriend. Cinta monyet! Disebabkan insiden mencari boyfriend ni, saya mendapat nickname "BIRD" saya yang kekal hingga ke hari ini.
Bila dah masuk Tingkatan 5, dah senior kan, jadi dah mature sikit la. Aktiviti lebih kepada tuisyen untuk SPM. Walaubagaimanapun, saya masih sedikit tersisih sebab bila dah besar ni, kawan-kawan saya banyak keluar pada hujung minggu. Lepak, atau menonton wayang atau shopping. Tapi, mak saya kan strict orangnya, jadi gaduhlah macam mana pun, menangis la air mata darah pun, memang tak boleh keluar. Jadi, nak escape, saya gunakan peluang masa tuisyen. Masa tu saya dah ada boyfriend. Kebetulan tuisyen Fizik saya hari Sabtu. Jadi kalau janji nak dating, saya janji time tuisyen Fizik. Hahaha.. Jahat jugak rupanya aku ni.
Aktiviti saya yang baru adalah menjual kek coklat. Entah dari mana datang minat, saya tiba-tiba suka nak buat kek coklat. Kemudian dapat idea untuk jual di sekolah. Jadi setiap hari, balik dari sekolah, saya terus buat kek. Kemudian saya potong kecil-kecil, masuk dalam plastik & saya jual 50 sen sekeping. Mula-mula tu slow sikit la.. Tapi lama-lama, saya famous dek kek coklat saya. Bila orang nampak saya datang bawak paperbag, mesti diorang akan tanya, "kau bawak kek hari ni? aku chop 4!" Penangan kek coklat saya ni melarat sampai ke cikgu sekali. Sampai ada yang order berbuku-buku dengan saya. Lepas habis peperiksaan SPM, bisnes saya diteruskan dengan menjual kek coklat tapi bukan keping-keping kecil lagi. Jual sebuku-sebuku. Boleh kosong saja, boleh dengan topping, boleh double-layer. Kemudian ada pulak kawan-kawan yang datang "berguru" dengan saya.. Hahaha.. Akhirnya saya dikenali sebagai "Bird, si penjual kek coklat".
Begitu banyak pengalaman pahit dan manis yang kita lalui sepanjang perjalanan kita dari zaman kanak-kanak hingga ke alam remaja hingga ke alam dewasa. Ini pun saya tak cerita semuanya. Kalau cerita semua memang tak habis la entry saya ni.. Mungkin akan sampai ke Part 10. Hah!
Apa pun, saya bersyukur kerana saya menjadi saya pada ketika ini. Apa sahaja tindakan mak saya pada ketika itu, memang ada sebabnya. Bila kita sendiri sudah menjadi ibu, kita akan tau akan juga buat perkara yang sama dengan anak kita. Kerana kita sayang & kerana kita mahu anak-anak kita berjaya. Dari aspek lain, saya cuma terkilan tentang satu perkara, iaitu sehingga ke hari ini, saya masih tiada lagi seorang kawan yang boleh saya panggil SAHABAT BAIK saya. Sering terlintas di dalam hati saya yang saya memang tak ada "luck" bila bersahabat. Itu cerita lain, di hari lain. Tapi pasti akan saya kongsi bersama suatu hari nanti.....

Monday, April 12, 2010

Childhood Memory - Part 1

Hi semua. Apa khabar? Harap anda sihat & ceria. Hari ni saya ada cerita baru. :)
Sedang saya menyusukan Aleeyah, tiba-tiba saya teringat zaman kanak-kanak saya. Anda masih ingat zaman kanak-kanak anda? Seingat saya, semasa kecil, saya adalah seorang kanak-kanak yang sangat mudah terpengaruh dengan rakan-rakan saya. Saya masih ingat, ketika saya di dalam Darjah 1, saya menyertai kelas Bahasa Mandarin yang diadakan setiap hari Sabtu di sekolah kerana rakan saya turut menyertainya. Hasilnya, berhenti separuh jalan sebab saya memang tak boleh nak "cope". Terutama sekali bila bab nak tulis dalam character Mandarin. Masa di Darjah 1, kelas saya namanya 1 Songket. Kerana nak ikut kawan, saya minta ditukarkan ke 1 Sutera. Kemudian, entah kenapa, saya ditukarkan semula ke 1 Songket. Kawan punya pasal! Kemudian ketika di Darjah 2, saya ada seorang kawan, namanya Norfadzilah. Dia mengalami masalah tangan yang berpeluh sepanjang masa. Jadi beliau akan kemana-mana dengan sapu tangan. Saya pun turut terikut-ikut, dengan membawa sapu tangan sepanjang masa, kerana psikologinya, tangan saya juga "berpeluh". Kemudian, mungkin ketika saya berada di Darjah 3, saya sering mengadu sakit dada pada mak saya. Sebabnya? Adik kepada kawan saya Norlynda, ketika itu mengalami masalah jantung berlubang, jadi dia perlu menjalani pembedahan. Mungkin kerana terikut-ikut keadaan tu, sekali lagi "psikologi" saya berkata yang dada saya sakit. Disebabkan sering mengadu sakit, mak saya sampai perlu membawa saya ke hospital untuk menjalani X-ray! Oh, lupa pula insiden "Ridsect". Hahaha.. Kalau adik-adik saya baca ni, mesti diorang gelak besar. Masa tu, Ridsect baru keluar model yang macam sekarang. Excited punya pasal, keluar je dari pasar raya The Store di Taman Sentosa, JB, terus saya buka plastik yang membalut Ridsect tu. Tak perasan kemana hala muncungnya, saya pun tertekan spraynya. Apa lagi, straight masuk ke mata saya! Menjerit-jerit la saya dibuatnya. Sampai di rumah, terus cuci dengan air berkali-kali. Hasilnya, si mata empat! (Itu lah punca kerabunan saya, bukan sebab keturunan). Bila dah besar sikit, lain pula trendnya. Kawan-kawan di sekeliling saya semua berpakaian "branded". Belum sekolah menengah tu! Tapi kerana tak mampu (dan mak saya sangat lokek pada masa itu), saya pun pilih brand yang tak mahal sangat, tapi mahal sikit. Brand "Garfield". Ketawa besar saya sekarang ni. Mesti anda cakap, tu bukan brand mahal pun. Tapi, pada masa itu, pada saya, itu lah yang menjadi kegilaan saya. Semuanya nak Garfield; pensel, pembaris, kotak pensel, beg, bantal! Kemudian, bila dah masuk Darjah 6, trend pun berubah lagi. "Brand" yang lebih mahal pulak. Kawan-kawan saya dah mula pakai "Sports Brand", seperti Nike, Adidas, Reebok dan sewaktu dengannya. Jam pulak Swatch. Masa tu Pop Swatch baru keluar. Saya ingat lagi insiden di dalam kelas masa kawan saya baru beli jam Pop Swatch tu. "Siow, cantik tak jam aku?" tanya kawan saya Ain. "Wah! Besarnya jam kau!" jawab Siow. "Besar la best!" "Baik kau ambik jam dinding letak kat tangan kau!" jawab Siow. Berdekah-dekah kami yang mendengar ayat tu ketawa! Tapi ada satu perkara ketika zaman persekolahan saya yang tidak boleh saya lupakan. Saya pernah dipulaukan ketika di Darjah 6. Sebabnya saya agak gelap sedikit berbanding kawan-kawan yang lain. Pernah saya diejek di depan kawan-kawan dengan panggilan "budak hitam". Masa tu lagu "Budak Hitam" nyanyian Jalil Hamid memang famous. Lagu tu digunakan untuk mengejek saya. Pada masa tu, sedih hati hanya Tuhan yang tahu. Saya rehat seorang diri, kemana-mana pun seorang diri, kerana budak yang memulau saya tu, menghasut orang lain supaya memulaukan saya juga. Sedih ya? Walaupun itu kisah silam, terus terang itu satu memori yang sukar untuk saya lupakan. Oklah, setakat ni dulu. Kita panggil entry ni: Childhood Memory-Part 1. To be continued........

Urut Oh Urut

Pernahkah anda merasa sangat penat sampai nak angkat tangan pun anda tak larat? Dek kerana kepenatan yang amat sangat, hari jumaat yang lalu, saya "terlajak" pagi itu sampai anak saya pun "terponteng" sekolah. Hehehe.. Bila bangun saja, rasa segala urat-urat dalam badan ni mcm ditarik-tarik.. Tegang.. "Tak boleh jadi ni. Kena urut ni," bisik hati saya. Jadi saya pun terus menghubungi tukang urut saya, Kak Neneng. Orang Surabaya yang sudah lama menetap di Shah Alam (ada permit!) yang memang best! Dia mengurut cara tradisional, maknanya anda akan terjerit-jerit bila diurut sebab dia bukan urut untuk bagi anda sedap, tapi untuk menghilangkan sakit & lenguh-lenguh badan anda. Seperti yang dijanji, Kak Neneng datang jam 11.30 pagi. Sebelum itu, jenuh saya merayu pada suami saya supaya bawak "lari" budak-budak supaya saya boleh mendapat ketenangan masa mengurut. "Apa yang sakit dik?" tanya Kak Neneng. "Semuanya kak. Dah lama tak urut ni, badan macam masuk angin," jawab saya. Kali terakhir saya urut badan rasanya 3 bulan lalu. Lama! Selalunya saya pastikan sebulan sekali saya panggil Kak Neneng untuk urut badan. Bukan apa, kitakan orang perempuan. Badan ni nak pakai lama. Kenalah jaga. Yang turun perlu dinaikkan, yang tegang perlu dilembutkan. Betul tak? Jadi bermulalah sesi menjerit saya. Walaupun sakit, saya cuba menikmati urutan Kak Neneng. sempat jugaklah terlelap sekejap. Final touch, urut kepala.. Best gila, sampai saya sendawa tak berhenti. Lega sungguh rasa badan saya. Dari hujung kaki sampai hujung kepala. Rasa lega seluruh anggota tubuh badan saya. "Adik makan jamu?" tanya Kak Neneng. "Memang mau kak, tapi Kak Neng kata tak ada," jawab saya. "Ini saya bawa adik. Bagus untuk perut & badan. Rasa segar lepas makan. RM15 saja sepaket. Makan 7 biji pagi, 7 biji malam." "Mau kak, saya cuba satu dulu." Memang dah lama saya mencari jamu untuk dimakan. Tapi takut nak cuba yang dipasaran, takut jenama je lebih, kesannya tak ada. Setakat ni, saya rasa kesan dari makan jamu tu. Badan lambat rasa penat.
Selain dengan Kak Neneng, saya juga ada reflexologist yang best. Nama dia Zie. Dia buat house call. Jadi bila-bila saya rasa kaki saya lenguh semacam, saya call aja dia. Mesti dia datang. Dia urut memang best! Sampai tertidur-tidur! Pernah juga saya teringin nak rasa urut di spa. Cari punya cari yang harga dia reasonable, saya pun mencuba spa kepunyaan Diana Rafar, D'Lugano di Seksyen 13, Shah Alam. Pun best jugak! Suasana dalam spa sangat cantik & aman & sunyi & sangat berbeza dari suasana di luar kedai. Anda akan merasa seolah-olah anda berada di suatu tempat yang lain. Di dalam spa tersebut, terdapat beberapa gazebo mini yang menempatkan katil urut & bathtub. Dengan aroma yang wangi dan suasana yang sunyi, saya terlena seketika. Saya recommend anda pergi membelai badan anda di sana. Harganya pun berpatutan.

Friday, April 9, 2010

You Will Always Be Missed

Have you ever lost a loved one? Like your family member or friends? I lost my grandma 3 years ago and the sad part is that I can't attend her funeral to see her for the last time. I was pregnant with my eldest son at the time and almost reach my due date. Since the funeral is in Singapore, chances of me passing through the Custom check was very slim as they don't allow pregnant women of 6 months and above to enter Singapore. So, when my sister called and told me that she has passed away, I sat and cried my eyes out.
I lost a friend 2 years ago, Afidah Hamdan. She has diabetic complications. The sad part was none of us close friends knows that she was actually sick as she has never shows it. When a friend called me & told me that Afidah (or Fified as I always call her) passed away, I couldn't believe my ear. I just can't believe it as I just saw her 2 weeks before when we went to a friend's wedding together. The story was she has serious diabetes problem and it became worse. She has to undergo a surgery to remove boils from her body. There was complications & she went coma. So again, I was unable to attend her funeral as I'm in Shah Alam & her funeral is in JB.
The reason I'm telling you this story is because after she passed away, I've had so many dreams of her. In this dreams it's always as if there's regret of her leaving us so soon. She was a very happy person, jovial & always positive. She was the closest friend that I've had. Every time I'm back in JB, the first person that I would call would be her.
Yesterday, I received an email notification from Friendster. It's Afidah's birthday coming up. Can you imagine how I feel when I read the email with her photo embedded on it? I miss her so much! Though we've been close not for a long time, she's always there to listen to my problems. The thing that I remembered about her the most is her "gossip".. She always have the latest gossip. Always when I read Yassin, I prayed & dedicate it to my friend Afidah. May she always be remembered as a good friend to everyone. Amin.

"Semoga arwah ditempatkan di antara orang-orang beriman dan sebahagian dari ahli Syurga. Semoga arwah juga dijauhkan dari siksaan kubur dan siksaan api Neraka Jahanam."

My Baby Poncho


Hi.. Sudah beberapa hari saya miss entry.. Saya sedikit pre-occupied dengan projek terbaru saya. My Baby Poncho! (check out my blog: mybabyponcho.blogspot.com). Baby poncho adalah idea saya untuk membantu ibu-ibu yang menyusu badan berpandukan kepada pengalaman saya sendiri. Bagaimana saya dapat ilham? Di suatu pagi yang hening, tiba-tiba "ting!" terlintas idea itu di kepala saya. "Apa kata aku buat breastfeeding cover yang boleh digunakan di mana-mana dan kita tak malu nak guna?" Jadi, saya ke google.com dan google "breastfeeding cover". Rata-rata breastfeeding cover yang ada di market sekarang yang berbentuk macam apron. I want something different! Yang macam apron tu cuma cover depan badan kita aja. Bagaimana dengan bahagian belakang? Pengalaman saya, bila kita pakai baju yang ketat sikit, bahagian belakang baju pasti akan terangkat bila kita menyusukan anak kita. Suami saya selalu marah (dia memang paranoid sikit bab-bab ni), "tu belakang badan awak tu nampak!" Mula-mula saya nak buat macam vest, tapi kalau vest nak kena ada zipper. Nanti dah tambah kos. I want something simple, easy to wear, comfortable with no hassle. Saya terbayang poncho. Mmm, ok jugak kan kalau buat macam poncho. Jadi, saya pun mengerahkan (hehe!) suami saya drive saya ke kedai kain yang terdekat. My first idea was to use jersey material. Tapi kain jersey semua plain. Tak cantik. So, saya tengok cotton. Ok, tak tebal, tak panas, design cute. So, saya beli dua pasang dan cuba potong. Trial and error la kiranya. My first attempt tak menjadi. Nasib baik kain tak berapa mahal sangat. So, second attempt saya adalah buat kain dia lebar. Full coverage. Saya minta opinion suami saya. Praktikal. Saya test dengan anak saya, Aleeyah. Nampak ok. Dia selesa. Dia suka. So far ok. Macam mana nak cantikkan kain? Saya pun cuba cari ribbon yang boleh dijahit. Setelah dapat semuanya, saya pun ke kompleks PKNS untuk mencari tukang jahit yang boleh membantu saya menjahit "prototaip" yang pertama. Dan, the result: MY BABY PONCHO! Saya meneruskan percubaan dengan membeli 2 pasang kain lagi dan seterusnya membuat blog bagi produk saya: mybabyponcho.blogspot.com. Semalam officially saya launch blog saya dan memasukkanya ke Facebook. Harap-harap saya mendapat respon yang baik. Doakan saya ya!

Monday, April 5, 2010

Rich, Richer, Richest

Here's a thought. What makes a person's rich? Is it the car he owns, the clothes he wears, the handphone he's using or the branded stuff that he cares about? And how does a person becomes rich? Do you want to be rich or wealthy? The answer must be; everyone wants to be rich right? I had a small discussion with my husband the other day on the different type of rich people. So far, we can conclude this;
a) the person inherits his family wealth and the wealth will be endowed to him & his families for generations;
b) the person works hard his entire life and gets what he wants because of his hard work & determination;
c) the person hits a jackpot or lottery;
d) the person joins MLM and goes all the way;
e) the person just plain lucky or
f) the person sells drugs or bribe or any unlawful activities

So, which one suits you? I prefer (b). Why? The satisfaction. Honestly, I'm not keen on this MLM thingy (no offense to anyone). I'm not really a "people" person. I love business, don't get me wrong. It's just that I like selling things or services that people are familiar with and not too expensive. All this MLM thing requires you to fork out a certain sum of money first before you earn the profit, right? And basically some of the products are not cheap. So, MLM. What else? Inheritance? Wish my ancestors were rich generations. But, nah.. Jackpot? Haram! Plain lucky? I really hope so, but I don't really count on my luck. So that leaves hard work. I've told my husband that I do not want to be rich. Funny huh? My goal is to live well, to have investment and money when I'm old, live simply and enjoy life while having some money as savings for my children. I want to be debt-free and I want freedom of mind. I do not want big, luxurious bungalow. I just want a nice, simple house to live in. Nice furniture & a cool kitchen cabinet :). Enough rooms for my kids & my guests. Nice lawn and simple landscape. Car, that's the only thing that I crave of. Mercedes R350. But the point is, does money & wealth gives you the ultimate satisfaction? Does displaying your expensive handbags or shoes gives you the ultimate satisfaction? Yes, of course! But, does it last? Does all this materials guarantees that you have a happy life? Does having millions of ringgit ensure that you are problem-free? And the most important thing, does it makes you feel closer to Allah? Think about it......


Sunday, April 4, 2010

Mamaku Garang!

Hi. Semalam saya dah ter-miss satu entry. Gara-gara nak tengok ABPBH punya pasal! Jadi, hari ni saya ada satu topik baru untuk dikongsi. Anda jenis ibu yang bagaimana? Yang lemah lembut dan tidak pernah jentik pun anak anda, atau yang tegas dan ringan tangan? Saya, a mixture of both. Saya tidak mahu jadi ibu yang garang mahupun ringan tangan. Cuma kadang-kadang kalau Ammer dah terlalu nakal dan menyebabkan adiknya menangis, melayang jugak tangan saya ni. Apa pendapat anda? Apakah sebenarnya cara yang betul untuk mendidik anak kita? Perlukah kita tegas dan menghukum mereka setiap kali mereka membuat kesalahan, atau kita hanya perlu menegur mereka dengan lembut? Bagi saya, ketegasan itu perlu, kerana bila saya dengar perihal kanak-kanak zaman ini, saya jadi takut. Takut anak saya tergolong antara budak-budak nakal yang selalu dipaparkan di dada-dada akhbar mahupun TV. Pengaruh TV dan Internet sudah tentu menjadi salah satu penyumbang kepada masalah sosial sekarang ni. Kenapa saya pilih topik ini?
Ibu saya seorang guru. Dia seorang ibu yang sangat tegas & kadang-kadang garang. Masa kita kecik-kecik dulu, kita memang tak boleh terima kenapa mak kita selalu marah kita pasal benda-benda yang pada kita tak penting. Bila saya dah dewasa dan dah ada anak sendiri, baru kita tahu kenapa mak kita buat apa yang dia buat dulu. Macam saya, saya boleh dikatakan garang. Saya pernah cakap yang saya tak mahu jadi garang macam mak saya. Tapi sekarang ni saya memang garang dengan anak-anak. Sebab? Anak saya yang sulung adalah lelaki. Kalau dibanding dengan anak perempuan, anak lelaki pun agak susah untuk dididik. Degil. Tengok zaman sekarang. Nauzubillahiminzalik! Minta dijauhkan dari keturunan saya. Ada yang mencuri, merompak, mengedar dadah dan yang paling teruk, membuntingkan anak dara orang. Ya Allah, jauhkan anak-anak ku dari perkara yang boleh menyesatkan dan mengaibkan ini Ya Allah. Jadi, bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya. Bukanlah saya ni garang sepanjang masa. Kalau boleh, saya cuba cakap dengan lembut dulu. Tegur beberapa kali dengan lembut. Tapi kalau memang dah tak boleh makan saman, ringanlah tangan saya. Kalau ikut mak mertua saya, dia akan cakap, "budak lagi, bukan faham pun." Betul, memang Ammer baru 3 tahun umurnya. Tapi kalau perbuatan yang salah tu kita biarkan, bukankah itu akan menjadi satu tabiat bila dia besar nanti? Alah bisa tegal biasa. Bukan menuding, tapi mungkin dek konsep yang diamalkan oleh mak mertua saya tu, anak-anaknya jadi seperti yang ada sekarang. Kadang-kadang saya cakap dalam hati, tak nak pukul Ammer, marah aja. Tapi bila dia buat perangai, kita pulak penat, kadang-kadang jadi geram. Bila saya tengok dia tidur, tenang aja. Kesian pulak bila diingatkan yang petang tadi dia kena rotan. Bukan dera ok! Pukul tandanya sayang. Pukul tandanya saya tak mahu anak saya jadi budak-budak liar yang tak makan saman & tak ada disiplin. Saya nak anak saya berjaya, dunia & akhirat.
 Sekarang si adik, Aleeyah, pun dah mula nakal. Sesekali tu, tertepuk jugak tangan dia kalau dia nakal. Anak perempuan, macam mana pun, lembutnya ada. Dia anak mak. Almaklum, menyusu badan, jadi manjanya lebih pada saya. Jadi, apa pendapat anda? Garang atau tidak?

Saturday, April 3, 2010

Bengang + Lapar!

Berat sungguh rasanya nak bangun pagi tadi. Badan ni macam dah setting. Sabtu, mode: SLEEP. Tapi apakan daya, kedai perlu dibuka, lebih-lebih lagi hari sabtu, budak-budak sekolah cuti, mesti pagi-pagi dah nak main PC. Jadi, seperti biasa, saya pun bangun, masak air, mandikan budak-budak & sidai baju. Another challenge, kejutkan bapak budak.. Hehehe.. Tidur lagi lambat, main Counter Strike sampai pukul 4 pagi. Rasakan! Dah beberapa hari saya mengidam nak makan tosai (tak ada isi! jgn risau..). Selepas semua askar siap, kami pun bergerak ke Restoran Syed yang terletak sekangkang kera dari rumah. Kebetulan terserempak dengan Auri, Arham & Syakil bersarapan di situ juga. Mamak ni semua macam tak nak kerja, tunggu nak ambik order dekat 10 minit. Lepas dah terjerit-jerit panggil "ane", kami pun memesan Milo Ais, Teh Tarik & Teh O. Untuk Ammer, roti kosong cicah gula & tosai untuk saya. Tunggu punya tunggu, dekat setengah jam, tosai saya tak sampai-sampai. Bila perut lapar, darah senang naik kan? Saya pun pergilah tanya dimana keberadaan tosai saya. Jawapan yang diterima, "Tengah buat kak. Ada banyak order." Saya tengok sekeliling saya. Ada lebih kurang 10 orang pelanggan dalam kedai. Saya jawab, "tak ramai orang pun!" "Ada orang order roti canai bungkus banyak." Jadi, adakah saya perlu tunggu sehingga siap semua pesanan roti canai tu baru saya dapat makan? Darah dah mendidih, almaklum, perut lapar, saya terus angkat kaki dan terus ke kaunter dan bayar. Tak puas hati punya pasal, sekali saya menyuarakannya pada "ane" yang di cashier. "You ada order banyak, orang lain tak payah makan la? Saya tak dapat makan tau!" Dengan rasa sebal dan lapar, saya pun terus ke kedai saya. Jadi, pengajarannya, walaupun servis yang diberikan di restoran-restoran mamak ni sangatlah teruk, belum lagi diceritakan tahap kebersihannya, kita tetap memilih untuk melepak & "menge-teh" di restoran mereka. Kenapa ya? Adakah "mandram" mereka sangat kuat menyebabkan kita terpanggil-panggil ke tempat mereka? Bagi saya, sejak dah bukak Cozy Corner ni, aktiviti melepak di restoran mamak ni sudah dapat dikurangkan.Tapi kadang-kadang tu, terpanggil-panggil juga nak menge-teh bila dah tutup kedai. Mandram? Wallahua'lam. Jadi, mari kita renung-renungkan!

Thursday, April 1, 2010

Akhir Zaman

Sekali lagi kita digemparkan dengan berita pembuangan bayi. Saya mengucapkan panjang bila menonton kekejaman manusia jahiliah yang hilang pertimbangan setelah memuaskan nafsu serakah mereka. Tiada lagikah perasaan belas kasihan dalam diri mereka setelah mereka mengandungkan bayi mereka selama 9 bulan? Tidakkah mereka merasakan tendangan-tendangan halus dan lembut dari rahim mereka selama 9 bulan itu? Tidakkah nadi mereka bersatu dengan nadi bayi yang dikandung itu? Apa perasaan mereka bila ditinggalkan bayi itu dalam balutan surat khabar? Tidak sedihkah mereka? Tidak hiba kah hati mereka? Bagaimana saya yang bercerita ini boleh mengalirkan air mata tapi tidak mereka yang melahirkan bayi-bayi itu? Zalim sungguh hati mereka. Apalah salahnya kalau bayi itu diletak di dalam kotak atau bakul sebaik-baiknya, dibalut dengan kain atau selimut seelok-eloknya, diberikan susu semulia-mulianya dan diletak di hadapan pintu saudara se-agama yang mungkin lebih memerlukan kasih sayang bayi itu dari mereka? Sekurang-kurangnya, dosa ketelanjuran itu habis di situ. Bukan saya menggalakkan perkara yang haram, tapi lebih baik begitu kan daripada digonggong anjing merata-rata? Dari terapung di air busuk longkang?
Sesungguhnya kita sudah menghampiri akhir zaman. Tiada segan dan silu dengan maksiat, tiada belas kasihan dengan darah daging sendiri. Begitu ramai yang inginkan zuriat tapi belum diberikan rezeki itu oleh ALLAH, tapi ada yang diberikan rezeki itu, membuangnya tanpa perasaan. Bila saya pandang anak-anak saya, selalu saya bayangkan apa akan berlaku pada saya sekiranya ALLAH mengambil semula salah seorang dari mereka. Yang saya boleh fikirkan, mungkin saya boleh jadi gila! Sekiranya ada yang terbaca ruangan saya ini & mempunyai niat untuk membuat perkara jahil itu, fikirkan semula. Sekiranya anda memang tidak mahukan bayi itu, berikanlah pada mereka yang lebih memerlukan. Dan berilah peluang untuk bayi itu hidup dengan keluarga yang akan lebih menyayangi mereka.

Down-Scaling

Have you ever felt that you've fell into a very deep hole & you might not be able to get out of it? Well, I have. Though embarrassing, I must admit that I've made a lot of mistake in my 29 years of age. Financially that is. There are many things that I wish that I could rewind & undo. The sight of money & freedom made me lost track of what I need to achieve in my life. Now, after fallen half-way down, I need to pull myself back up again. With help from my mum & my family, I'm trying to heal & repair all the damages that have been done. My first step is to minimize any liabilities on my name. I finally sold the house (in progress, still) & sold my car (lot of sentimental values with the car). To down-scale our financial problem, we're also selling our Isuzu Dmax (high installment) & now we're buying the new Proton Saga. It has always been one of my favorite cars (aside from Mercedes R350 & Cayenne). So, the installment is only about RM400++, and we think that we can manage that amount monthly. Once that settled, then I can start concentrating on other things. We can now try to clear our debts My business for starters! Alhamdulilah, it's has been 3 weeks in operation & things are looking really good! Started with empty tables for the first week, now it's full house everyday! The kids are even queuing to use the PCs! They even requested for me to add more PCs! Alhamdulilah... Next plan is to develop my tailoring biz.. Anyone who's interested to try, please do give me a call!