Berat sungguh rasanya nak bangun pagi tadi. Badan ni macam dah setting. Sabtu, mode: SLEEP. Tapi apakan daya, kedai perlu dibuka, lebih-lebih lagi hari sabtu, budak-budak sekolah cuti, mesti pagi-pagi dah nak main PC. Jadi, seperti biasa, saya pun bangun, masak air, mandikan budak-budak & sidai baju. Another challenge, kejutkan bapak budak.. Hehehe.. Tidur lagi lambat, main Counter Strike sampai pukul 4 pagi. Rasakan! Dah beberapa hari saya mengidam nak makan tosai (tak ada isi! jgn risau..). Selepas semua askar siap, kami pun bergerak ke Restoran Syed yang terletak sekangkang kera dari rumah. Kebetulan terserempak dengan Auri, Arham & Syakil bersarapan di situ juga. Mamak ni semua macam tak nak kerja, tunggu nak ambik order dekat 10 minit. Lepas dah terjerit-jerit panggil "ane", kami pun memesan Milo Ais, Teh Tarik & Teh O. Untuk Ammer, roti kosong cicah gula & tosai untuk saya. Tunggu punya tunggu, dekat setengah jam, tosai saya tak sampai-sampai. Bila perut lapar, darah senang naik kan? Saya pun pergilah tanya dimana keberadaan tosai saya. Jawapan yang diterima, "Tengah buat kak. Ada banyak order." Saya tengok sekeliling saya. Ada lebih kurang 10 orang pelanggan dalam kedai. Saya jawab, "tak ramai orang pun!" "Ada orang order roti canai bungkus banyak." Jadi, adakah saya perlu tunggu sehingga siap semua pesanan roti canai tu baru saya dapat makan? Darah dah mendidih, almaklum, perut lapar, saya terus angkat kaki dan terus ke kaunter dan bayar. Tak puas hati punya pasal, sekali saya menyuarakannya pada "ane" yang di cashier. "You ada order banyak, orang lain tak payah makan la? Saya tak dapat makan tau!" Dengan rasa sebal dan lapar, saya pun terus ke kedai saya. Jadi, pengajarannya, walaupun servis yang diberikan di restoran-restoran mamak ni sangatlah teruk, belum lagi diceritakan tahap kebersihannya, kita tetap memilih untuk melepak & "menge-teh" di restoran mereka. Kenapa ya? Adakah "mandram" mereka sangat kuat menyebabkan kita terpanggil-panggil ke tempat mereka? Bagi saya, sejak dah bukak Cozy Corner ni, aktiviti melepak di restoran mamak ni sudah dapat dikurangkan.Tapi kadang-kadang tu, terpanggil-panggil juga nak menge-teh bila dah tutup kedai. Mandram? Wallahua'lam. Jadi, mari kita renung-renungkan!
Saturday, April 3, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment