Hi. Agak lama saya menyepikan diri sejak entry saya yang terakhir. Bukanlah sibuk sangat, cuma tiada topik yang sesuai untuk dikongsi bersama. Hari ni baru dapat "ilham". :)
Internet provider apa yang anda gunakan sekarang? Streamyx? Maxis? P1Wimax? Begitu banyak provider sekarang ni sampai kita pun tak pasti mana yang bagus & mana yang tidak. Betulkan? Saya pernah mencuba pelbagai; dari Maxis, ke P1Wimax, Digi dan sekarang Streamyx. Mana yang bagus? Semua ada pro & cons nya. Tapi yang boleh dikatakan terbaik sehingga ke hari ini adalah Streamyx & Digi. Digi, bila saya gunakan internet di rumah. Streamyx, tentulah untuk kedai. Yang paling teruk? P1WIMAX!
Saya rasa begitu banyak complaint yang saya laporkan semasa saya gunakan P1 ni. Begitu banyak kata-kata "kurang baik" yang telah dihamburkan kepada customer service P1 ni. Mula-mula saya "sign up" P1, semuanya ok, semuanya cun. Masuk minggu ke-2, connection dah unstable. Bila saya call, katanya saya berada di "border" connection area mereka, itu menyebabkan line saya tak stable. Oh, macam orang lain, saya dapat indoor modem (yang warna hitam tu). Jadi saya pun bisinglah, saya bayar untuk perkhidmatan, tapi tak dapat perkhidmatannya. Setelah beberapa complaint, technical support mereka pun berjanji untuk waive access fee untuk bulan yang pertama. Perkara yang sama berlanjutan selama beberapa bulan, di mana akhirnya, pihak P1 mencadangkan kepada saya untuk memasang "Outdoor Unit" untuk mendapat connection yang lebih baik dan laju. "Unit" tersebut dipasang di atas bumbung rumah saya. Beberapa minggu selepas pemasangan, semuanya ok semula. Tapi sekejap aja.....
Komplen punya komplen, saya dah bosan dengan P1. Saya terus ubah haluan dengan komplen terus ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia. Kelam kabut diorang. Dipendekkan cerita, kerana masalah saya tak selesai juga, saya terus berhenti guna servis P1.
Kemudian, beberapa hari lepas, saya dapat panggilan dari P1 minta saya selesaikan bil yang tertunggak. Apa lagi, mengamuk besar la saya!! Dah la saya tak dapat guna apa-apa servis, nak minta saya bayar pulak. Saya beritahu officer tu yang saya tak akan bayar walau sesen pun. Yang bikin saya lagi mengamuk adalah soalan dia, "boleh tak puan datang ke pejabat kami untuk memulangkan modem semula?" Macam mana saya nak pulangkan modem diorang kalau modem tu dah di atas bumbung rumah saya? Yang saya bingit tu, kenapa orang-orang yang call saya ni, tak ada initiatif untuk semak account saya dulu, apa masalah saya, modem apa yang saya guna sebelum call saya? Bukan sekali ok, banyak kali saya diutarakan dengan soalan tu! Atas nasihat adik saya, saya pun buat laporan sekali ke SKMM. Apa lagi, menggelupur mengelejat la diorang call saya dan beritahu yang mereka waive semua penalty charges ke atas saya. Kemudian semalam, akhirnya, outdoor unit telah ditanggalkan dari bumbung saya. Ini merupakan pengalaman buruk yang pernah saya alami dengan mana-mana service provider. Jadi, sekiranya anda mengalami masalah dengan Internet anda, apa lagi, lapor terus ke SKMM! Pasti company-company ni akan menggelupur seperti cacing kepanasan!
Maaf la ye sekiranya entry hari ni agak membosankan. Cuma berkongsi pengalaman!
Saturday, April 24, 2010
Bad Connection
Posted by Siti Shuhadah at 5:23 AM
Labels: Bad Connection
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment