Saya mempunyai perut yang sangat sensitif. Jangan silap makan, alamatnya tertonggeng la saya di bilik air. Dalam banyak-banyak sakit (selain sakit bersalin), saya paling takut kalau sakit perut akibat keracunan makanan. Sebab saya dah tau gambaran yang menanti saya; terbaring & tertonggeng la di bilik air. Pertama kali saya mengalami keracunan makanan dan berakhir di lantai bilik air adalah semasa saya tidur di rumah makcik saya di Simei, Singapore. Tak berapa ingat pulak masa tu umur saya berapa. Yang saya ingat, sebelum tu ada kenduri kecil di rumah makcik saya tu. Makan apa, saya tak ingat. Tapi yang pasti, tengah-tengah malam, saya dikejutkan dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Dahlah saya ni penakut orangnya, nak keluar ke bilik air sorang-sorang, aduhai! Tapi kerana perut dah amat sakit, saya beranikan diri. Saya rasa dekat 1 setengah jam saya terbaring dalam bilik air makcik saya tu... Tuhan je yang tau macam mana sakitnya perut saya ketika tu. Bermula dari situ, saya tak boleh silap makan. Kalau makanan tu kotor, atau terlebih berminyak, atau sudah dimasak lama (macam makanan di kenduri orang kahwin), memang saya kena cirit. Saya ingat lagi masa saya mengandungkan anak saya yang sulung, Ammer. Siangnya saya ke kenduri kahwin kawan saya. Kalau ikut aturannya, makanan ambik masa lebih kurang 8 jam untuk dihadamkan (betul ke Iqah?). Saya rasa mungkin sebab makanan tu dah dimasak awal pagi atau malam sebelumnya, saya kena keracunan makanan. The worst part is masa tu, rumah yang saya sewa tu toiletnya kena cangkung! Saya pula masa tu sarat mengandung. Mungkin 6 atau 7 bulan masa tu. Bayangkanlah, dahlah sakit perut yang amat sangat, perut pulak masa tu boyot! Bila saya call mak saya, dia cakap, " Kau jangan cangkung lama-lama! Nanti terberanak pulak kat jamban!"
Kemudian beberapa bulan lepas, saya kena lagi keracunan makanan. Kali ini, saya terpaksa melibatkan suami saya sebab anak saya Aleeyah terbangun dan mintak susu. Sekali lagi, saya tersungkur di bilik air. Agak teruk jugak situasi saya masa tu. Rasa macam nak bersalin pun ada. Tapi kali ni, suami saya terpaksa menyaksikan adegan "terlampau" saya. Sampai ke hari ini, dia masih akan buka cerita pasal adegan "terlampau" saya tu, kalau dia teringat.
Semalam, saya diserang keracunan makanan "lagi"! Waktu lunch, saya cuma makan nasi lemak di rumah mertua saya, (suami saya pun makan juga) kemudian saya tak makan apa-apa sampai waktu dinner. Tekak ni tiba-tiba terasa nak makan chicken chop pulak semalam. Jadi saya pun orderlah chicken chop di restoran night circle (bawah kedai saya). Sedap, cuma sedikit berminyak. Lepas makan, saya pun naik ke atas semula. Sedang saya bermain-main dengan Aleeyah, tiba-tiba perut saya rasa sakit yang amat macam kena contraction. Saya pun berlari la ke tandas. Mmmmm.. Habis RM10.00 chicken chop yang saya makan tu, keluar balik masuk ke lubang tandas. Ingatkan dah habis la penangan sakit tu. Rupanya bertambah teruk! Saya dah tak peduli orang yang keluar & masuk kedai saya. Yang saya tahu, perut saya sakit! Saya terbaring di tandas (dekat sejam lebih!) & peluh sejuk semua dah keluar. Masalahnya, yang diminta keluar tu tak mahu keluar! Tu yang bertambah azabnya. Pada masa tu, saya rasa seolah-olah nyawa macam nak tercabut dari badan. Sungguh! Sampai menangis saya minta supaya kurangkan sakit. Macam bersalin! Bersalin pun tak teruk sangat macam ni. Setelah sejam saya "berkurung" di dalam tandas, yang dinanti akhirnya keluar. Lega sekejap. Tapi peluh sejuk menyebabkan saya menggigil macam nak demam. Rasa nak pengsan pun ada sebab habis tenaga saya menahan sakit. Lepas makan Pil Poh Chai, barulah lega sikit. Untuk pengetahuan yang membaca, semasa saya menulis entry ni, perut saya masih "berkriok kriok". Maaf kalau entry kali ni agak "menggelikan" untuk sesetengah orang ya!
Cuma bercerita pengalaman sakit perut! ;)
Monday, April 19, 2010
Perut Oh Perut
Posted by Siti Shuhadah at 6:19 AM
Labels: Perut Oh Perut
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Aduss...terasa tetiba sakit perut lak.. :)
SP
jaga-jaga..kang jd mcm saya.. :)
Post a Comment