Hi semua. Apa khabar? Harap anda sihat & ceria. Hari ni saya ada cerita baru. :)
Sedang saya menyusukan Aleeyah, tiba-tiba saya teringat zaman kanak-kanak saya. Anda masih ingat zaman kanak-kanak anda? Seingat saya, semasa kecil, saya adalah seorang kanak-kanak yang sangat mudah terpengaruh dengan rakan-rakan saya. Saya masih ingat, ketika saya di dalam Darjah 1, saya menyertai kelas Bahasa Mandarin yang diadakan setiap hari Sabtu di sekolah kerana rakan saya turut menyertainya. Hasilnya, berhenti separuh jalan sebab saya memang tak boleh nak "cope". Terutama sekali bila bab nak tulis dalam character Mandarin. Masa di Darjah 1, kelas saya namanya 1 Songket. Kerana nak ikut kawan, saya minta ditukarkan ke 1 Sutera. Kemudian, entah kenapa, saya ditukarkan semula ke 1 Songket. Kawan punya pasal! Kemudian ketika di Darjah 2, saya ada seorang kawan, namanya Norfadzilah. Dia mengalami masalah tangan yang berpeluh sepanjang masa. Jadi beliau akan kemana-mana dengan sapu tangan. Saya pun turut terikut-ikut, dengan membawa sapu tangan sepanjang masa, kerana psikologinya, tangan saya juga "berpeluh". Kemudian, mungkin ketika saya berada di Darjah 3, saya sering mengadu sakit dada pada mak saya. Sebabnya? Adik kepada kawan saya Norlynda, ketika itu mengalami masalah jantung berlubang, jadi dia perlu menjalani pembedahan. Mungkin kerana terikut-ikut keadaan tu, sekali lagi "psikologi" saya berkata yang dada saya sakit. Disebabkan sering mengadu sakit, mak saya sampai perlu membawa saya ke hospital untuk menjalani X-ray! Oh, lupa pula insiden "Ridsect". Hahaha.. Kalau adik-adik saya baca ni, mesti diorang gelak besar. Masa tu, Ridsect baru keluar model yang macam sekarang. Excited punya pasal, keluar je dari pasar raya The Store di Taman Sentosa, JB, terus saya buka plastik yang membalut Ridsect tu. Tak perasan kemana hala muncungnya, saya pun tertekan spraynya. Apa lagi, straight masuk ke mata saya! Menjerit-jerit la saya dibuatnya. Sampai di rumah, terus cuci dengan air berkali-kali. Hasilnya, si mata empat! (Itu lah punca kerabunan saya, bukan sebab keturunan). Bila dah besar sikit, lain pula trendnya. Kawan-kawan di sekeliling saya semua berpakaian "branded". Belum sekolah menengah tu! Tapi kerana tak mampu (dan mak saya sangat lokek pada masa itu), saya pun pilih brand yang tak mahal sangat, tapi mahal sikit. Brand "Garfield". Ketawa besar saya sekarang ni. Mesti anda cakap, tu bukan brand mahal pun. Tapi, pada masa itu, pada saya, itu lah yang menjadi kegilaan saya. Semuanya nak Garfield; pensel, pembaris, kotak pensel, beg, bantal! Kemudian, bila dah masuk Darjah 6, trend pun berubah lagi. "Brand" yang lebih mahal pulak. Kawan-kawan saya dah mula pakai "Sports Brand", seperti Nike, Adidas, Reebok dan sewaktu dengannya. Jam pulak Swatch. Masa tu Pop Swatch baru keluar. Saya ingat lagi insiden di dalam kelas masa kawan saya baru beli jam Pop Swatch tu. "Siow, cantik tak jam aku?" tanya kawan saya Ain. "Wah! Besarnya jam kau!" jawab Siow. "Besar la best!" "Baik kau ambik jam dinding letak kat tangan kau!" jawab Siow. Berdekah-dekah kami yang mendengar ayat tu ketawa! Tapi ada satu perkara ketika zaman persekolahan saya yang tidak boleh saya lupakan. Saya pernah dipulaukan ketika di Darjah 6. Sebabnya saya agak gelap sedikit berbanding kawan-kawan yang lain. Pernah saya diejek di depan kawan-kawan dengan panggilan "budak hitam". Masa tu lagu "Budak Hitam" nyanyian Jalil Hamid memang famous. Lagu tu digunakan untuk mengejek saya. Pada masa tu, sedih hati hanya Tuhan yang tahu. Saya rehat seorang diri, kemana-mana pun seorang diri, kerana budak yang memulau saya tu, menghasut orang lain supaya memulaukan saya juga. Sedih ya? Walaupun itu kisah silam, terus terang itu satu memori yang sukar untuk saya lupakan. Oklah, setakat ni dulu. Kita panggil entry ni: Childhood Memory-Part 1. To be continued........
Monday, April 12, 2010
Childhood Memory - Part 1
Posted by Siti Shuhadah at 10:36 PM
Labels: Childhood Memory Part 1
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
ooo. now i know the 'etiology' of your sakit dada!
hahah!
LOL.
aku rasa, kita semua ada different views of our schooldays. aku rasa masa tu kita baru nak develop personality kita. mcm aku, aku memang loner. langsung x berminat nak join aktiviti2 budak kelas. nak pegi makan roti canai kat depan tu? lagi la tidak. maybe sbb ayah aku dulu tegas, so aktiviti mcm tu semua mmg x boleh buat.
hahaha..kau ingat lagi eh kedai roti canai kat depan sekolah tu dulu.. time tu, pd aku, dpt mkn roti canai kat situ adalah satu pencapaian yg sgt hebat! belum lagi kalau dapat pegi "The Store"! Kembang kuncup rasa hati gumbira..
Post a Comment