BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

Monday, April 26, 2010

Al-Fatihah - Aminulrasyid

Anda sudah baca petikan dari Berita Harian yang saya letakkan di blog & Facebook saya?
Namanya Aminulrasyid. Memang tidak lama saya kenal beliau, tapi dalam tempoh yang singkat ini, beliau agak manja dengan saya & anak-anak saya. Aminul & rakan-rakannya merupakan diantara regular customer di kedai saya. Budaknya baik & sopan. Saya pernah tolong beliau print & binding kerja khusus Sejarahnya. Dia juga suka bergurau dengan saya. Kali terakhir saya jumpa beliau adalah semalam, Ahad. Sekali semasa beliau datang ke kedai saya, dan sekali lagi semasa saya sedang makan di night circle. Beliau lambai ke arah saya & anak saya semasa dia dalam perjalanan pergi bermain bola. Ini adalah pertama kali dalam hidup saya, orang yang saya kenali maut ditembak polis. Yang amat dikesalkan adalah, beliau tidak bersalah! Kesalahan beliau adalah keluar membawa kereta tanpa lesen (kereta kakak beliau) untuk berjumpa kawan yang lain. Beliau baru 15 tahun! Perlukah polis melepaskan sampai 4 das tembakan ke arah budak sekolah yang berumur 15 tahun? Masalahnya, polis tidak diancam dari apa-apa segi sekalipun! Lainlah kalau budak tersebut melepaskan tembakan dahulu! Kawasan saya ini adalah kawasan yang aman. Memang ada kes kecurian, tapi itu memang biasa di mana-mana tempat sekalipun. Tak bolehkah kalau mereka hanya mengejar kereta tersebut? Kau saman ke, tahan di balai ke, suka hatilah, tapi tembak? Sungguh tak boleh diterima akal!
Apa yang pasti, nyawa seorang remaja telah terkorban semalam akibat tindakan tidak bertanggungjawab polis. Dia bukan penyamun, dia bukan perompak. Dia hanya seorang remaja.
Terbayang-bayang saya wajahnya di saat ini. Saya seolah-olah kehilangan seorang adik. Beliau juga anak yatim (kematian ayah). Tinggal dengan ibunya. Kawan-kawannya semua sedang bersedih. Jenazah arwah sedang diuruskan sedang saya menaip entry ini.
Marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah adik Aminulrasyid. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan ahli-ahli syurga. Amin.

6 comments:

Unknown said...

saya baru tau berita ni..saya guru kelas dia masa arwah sekolah rendah..saya amat terkejut dan cam tak percaya...dia budak baik..moga2 dia ditempatkan di kalangan org2 beriman

Siti Shuhadah said...

Losing someone that i know or someone close leave a big impact for me. I cannot stop imagining & remembering the face of the person as if i'm afraid that i'll forget how the person looks like. is it the same for everyone else?

Siti Shuhadah said...

ya cikgu.. dia memang baik & pandai ambik hati orang.. walaupun saya kenal dia sekejap aja, tapi saya rasa mcm kehilangan seorang adik..

Anonymous said...

Alfatihah untuk arwah. Harap tembak menembak ni bukan lah disebabkan kemaruk memegang pistol..

SP

Siti Shuhadah said...

SAYA INGIN NYATAKAN DENGAN JELAS DI SINI BAHAWA APA SAHAJA YG ANDA BACA & TONTON DI AKHBAR & BERITA SEMUANYA CERITA PALSU DAN TIADA SATU PUN KEBENARAN. TOLONG JGN PERCAYA APA YG ANDA BACA!

Anonymous said...

Susah nak pecaya kat mainstream medias.. So kene baca alternative media yg mungkin lebih credible ceritanye..

SP