Mungkin ada di antara anda yang mungkin berkata, mengapa saya begitu sibuk sekali dengan kematian arwah Aminulrasyid? Mungkin ada juga yang berkata, dia bukan saudara pun!
Memang benar arwah bukanlah adik, mahupun saudara saya. Tapi, pernahkah anda berasa marah sekiranya saudara, atau kawan atau kenalan anda yg meninggal dunia tapi sebabnya tidak boleh anda terima? Mungkin kerana kejadian itu berlaku pada orang yang saya kenal, jadi prihatin saya lebih pada arwah. Itulah yang berlaku pada saya.
Walaupun perkenalan saya dengan arwah sangat singkat, ia meninggalkan kesan yang mendalam apabila arwah pergi, terutama bagaimana dia pergi. Kalau orang itu kita memang tau dia sakit, kita tidak akan berasa begitu terkilan kan? Kalau orang itu meninggal akibat kemalangan kereta, mungkin kita akan berasa sedikit ralat, tapi kita masih boleh terima kerana ia perkara yang boleh dianggap "biasa". Tapi yang menjadi kekesalan pada saya adalah arwah DITEMBAK tanpa kesalahan yang nyata beratnya. Dan beliau masih lagi budak-budak. Beliau belum puas menikmati zaman remajanya, belum puas bermain bola dengan rakan-rakannya, belum puas mempelajari erti kehidupan. Memang, ajal dan maut di tangan Allah. Ini memang ketentuanNya. Kita harus redha qada' & qadar yang telah Allah tentukan di Luh Mahfuz. Kalaulah beliau seorang budak yang memang diketahui kerana kejahatan mahupun kenakalannya, mungkin kita tidak berasa begitu sedih. Saya sering terbayang wajahnya, menaiki tangga ke kedai saya, sambil tersengih-sengih. Arwah suka memakai sweater Paul Smith berwarna hitam dengan seluar pendek. Sambil rambutnya digel tercacak-cacak. Gambaran ini sungguh sukar saya padamkan dari memori saya. Bagai pita yang rosak, sering berulang-ulang.
Saya baru pulang dari menghadiri majlis tahlil di rumah arwah. Sungguh ramai sekali rakan-rakan, saudara mara, jiran tetangga yang hadir ke majlis tahlilnya. Ramai yang sampai membanjiri seluruh jalan masuk ke rumahnya. Saya cuba menahan sebak memandang wajah ibu arwah yang tenang membaca Yassin. Tapi airmata jatuh jua saat saya bersalaman dengan ibu arwah kerana beliau bertanya bagaimana saya mengenali arwah. Ayat tak sempat habis, airmata dah bercucuran. Kakak arwah juga saya lihat sesekali teresak-esak semasa membaca Yassin. Kata orang, arwah sangat rapat dengan kakaknya. Semua orang yang mengenalinya tahu yang beliau bukan budak jahat, apatah lagi penyamun seperti yang digembar gemburkan di dada-dada akhbar hari ini. Sampaikan sang ibu perlu memberitahu umum yang anaknya bukan seperti yang dikatakan.
Petang tadi, puas saya menjadi reporter part time, mengorek cerita sebenar dari kawan-kawan arwah yang tahu cerita yang sebenar. Rupanya arwah seakan tahu yang beliau akan pergi. Sempat beliau memohon maaf dari rakan-rakannya. Sempat juga beliau memohon maaf dan bergurau senda kali terakhir dengan ibu dan adik beradiknya. Rakannya bercerita, arwah ada mengajak rakannya menemannya untuk membeli hadiah buat ibunya, sempena Hari Ibu yang bakal tiba. Suatu perkara yang jarang dibuat, kata rakannya.
Kalau saya, yang baru sahaja mengenali arwah punya perasaan begini, apa lagi ibunya & adik beradik arwah? Rupanya, tempat kejadian sangat dekat sungguh dengan rumah arwah. Mungkin niat arwah untuk memandu masuk terus ke kawasan rumahnya, tapi tak sempat dek bedilan peluru yang bertalu-talu.
Mungkin ada yang bertanya, bagaimana pula keadaan rakannya yang bersama-sama arwah ketika kejadian itu? Apa yang boleh saya katakan, sesungguhnya kejadian malam itu akan menjadi satu sejarah hitam & trauma bagi dirinya. Bayangkan, rakan sendiri meninggal di pangkuan ribanya? Disangka rakannya bergurau, rupanya sudah tidak bernyawa lagi!
Saya cuma berdoa dan berharap agar kebenaran dapat ditegakkan. Yang salah perlu dihukum dan janganlah ada pihak-pihak yang cuba menutup kebenaran yang sebenarnya sudah jelas. Bak kata pepatah "sedang terang lagi bersuluh".
AL-FATIHAH

6 comments:
harap2 arwah dapat pembelaan yg sewajarnya.. Kalo betul tersalah acu, mengaku dan terima balasan...
SP
betul...saya memang berharap sangat agar yg bersalah tu dihukum secepatnya & setimpalnya.
Pada pendapat saya, tidak cukup hanya 'menghukum' pegawai yg menenmbak dgn hanya pindah buat kerja office.
Tapi Allah lebih sayangkan dia..
I mean, arwah.
Kalau kebenaran di pihak yang betul, sudah tentu yang bersalah akan dihukum setimpalnya. Kalaulah mereka yg bersalah ini terlepas, sesungguhnya hanya Allah yang membalas perbuatan mereka.
Cikgu J.
Tersentuh saya membacanya..saya dpt bayangkan kemanjaan arwah pada semua walaupun saya tidak langsung mengenali arwah..tragis sungguh.Menyedarkan saya ttg tanggungjawab sebagai ibu bapa dan juga anak serta yang memegang amanah dlm pekerjaan..yg pergi takkna kembali..sama2 lah kita meneruskan hidup yang singkat ini dengan keredhaanNYA..al-fatihah kepada arwah aminulrasyid..
Post a Comment