Petang tadi, saya cuba meng-upload beberapa keping gambar anak-anak saya untuk diletakkan di Facebook saya. Sedang saya membuka gambar-gambar di dalam kamera satu persatu, saya terlihat 2 keping gambar yang pernah saya ambil dulu. Setelah diamati, rupanya saya pernah mengambil gambar arwah Aminulrasyid (arwah berbaju kuning)! Gambar ini diambil pada 2 April 2010, dengan tujuan untuk dikongsi dengan pembaca blog saya (topic: down-scaling). Rupa-rupanya arwah ada dalam gambar tersebut. Tersentak seketika saya memandang gambar tersebut. Ya Allah, budak yang tak berdosa & naif ini telah tiada lagi! Sebak seketika.
Saya tunjukkan gambar arwah kepada rakan-rakannya yang datang ke kedai tadi. Tersenyum seketika mereka bila mengingatkan hari mereka bermain komputer bersama-sama. Budak-budak ni minta saya framekan semua keratan akhbar yang ada mengenai kematian arwah. Memang itu niat saya, kalau tidak diminta sekalipun. Lebih-lebih lagi gambar ini. Niat di hati mahu dibesar & di-framekan. Untuk tatapan & kenangan bagi sesiapa yang mengenali arwah.
Setakat ini, ada beberapa pages yang telah dibuat bagi menuntut keadilan bagi arwah. Ada 2 di Facebook & ada satu petition page untuk mengumpulkan signature, menuntut keadilan. Petition ini dimulakan oleh rakan-rakan arwah di Sek Men Seksyen 9, Shah Alam. Target; menuntut 10,000 tandatangan. Saya harap, anda sudilah kiranya menyertai petition mereka ini. Walau apa pun, saya cuma berdoa, kebenaran perlu ditegakkan. Yang salah perlu dihukum setimpalnya. Tiada toleransi, walau siapa pun mereka!
0 comments:
Post a Comment