BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

Wednesday, April 14, 2010

Childhood Memory - Part 2

Pernahkah anda merasakan betapa susahnya untuk menyesuaikan diri dengan keadaan dan kawan-kawan di sekolah mahupun di office? Saya pernah. Ini adalah sambungan dari entry saya - Childhood Memories - Part 1. Part 2 ni akan menceritakan pengalaman-pengalaman saya ketika berada di sekolah menengah. Saya bersekolah di Sultan Ibrahim Girls School (SIGS) di JB. SIGS boleh dikatakan antara sekolah yang famous. Famous kerana kebanyakan pelajarnya adalah pelajar cemerlang atau anak orang berada atau anak kerabat diraja dan terutama kerana Band Girlsnya. Pada awal Tingkatan 1 dan Tingkatan 2, saya kelihatan agak nerd, kerana spectacles saya yang agak besar. Saya juga sedikit gelap. Mungkin kerana ciri-ciri ini (mungkin!) saya susah untuk mendapat kawan. Apa yang selalu saya lakukan adalah saya sering cuba berbuat sesuatu yang lain untuk mendapat perhatian orang lain. Saya juga akan menjadi extra helpful atau kadang-kadang "pak sanggup" kerana mahukan perhatian kawan-kawan. Mungkin kerana status sekolah itu sendiri dan status pelajar-pelajarnya, brand atau jenama adalah satu perkara yang dianggap penting. Hampir setiap pelajar pasti akan membawa sesuatu yang berjenama. Brand pressure ini turut tertempias kepada saya. Secara automatiknya, saya ingin membeli beg sekolah yang mahal & berjenama. Saya masih ingat, betapa saya mengikat perut & berjimat kerana mahukan beg berjenama Benetton. Seperti yang saya beritahu pada Part 1, mak saya adalah seorang guru. Jadi, beliau adalah seorang yang sangat strict & juga jimat cermat. Jadi, padanya, brand ini semua tak perlu & hanya pembaziran. Tapi pada waktu itu, apa yang kita tahu kan? Apa lagi? Rebel la! :)
Kemudian keadaan berubah, selain brand, saya ingin join dengan "clique" yang happening & popular. Kerana ingin diterima, saya selalu menjadi pak sanggup ataupun bahan lawak kawan-kawan. Akhirnya, I'm in! Keadaan berubah lagi. Saya berubah angin ke "clique" yang lain. Tapi clique ni lain sikit. Ini clique "nakal". Bukan nakal macam mana pun cuma kami gemar melepak ke shopping complex. Semasa saya di Tingkatan 2, saya bersekolah di sesi petang. Masa ni, saya suka naik bas awam. Boleh cuci mata & boleh balik lambat. Aktiviti saya: pagi, selepas semua orang dah pergi kerja, saya akan menaiki teksi ke mana-mana shopping complex yang diingini. Cuma ada satu bad habit yang timbul dari "clique" ni. SHOPLIFTING. Kawan-kawan saya ni suka mencuri benda-benda remeh; seperti marker pen, scribble, kertas-kertas cantik, kaset (masa tu CD mahal atau x famous lagi), magazine & lain-lain. Saya? Adalah terjebak jugak. Tapi benda-benda yang kecik la. Cuma sekali sahaja saya pernah mencuri benda yang mahal, wallet Benetton. Astagfirullahalazim, minta dijauhkan dari anak-anak dan keturunan saya dari tabiat buruk itu. Tapi itu semua kisah silam. Tapi bila difikirkan semula, walau macam mana nakal pun kami, kami masih tahu batas-batas agama & tata susila. Tidak pernah melampaui batas.
Memandangkan sekolah saya adalah all-girls school, kami tak adalah problem boyfriend. Cuma kami ada trend kakak angkat & adik angkat. Jadi, pada masa tu, semua suka mencari junior-junior yang cute untuk dijadikan adik angkat atau senior-senior yang famous untuk dijadikan kakak angkat. Selalunya yang famous adalah band girls ataupun athlete. Saya pun tentulah tak terkecuali. Bila dah ada adik angkat, maka sibuklah jugak memberi hadiah, atau notes (konon macam love note la) atau chocolates pada mereka. Akibat dari aktiviti-aktiviti luar yang bebas ni, result PMR saya cuma dapat 3A, 3B & 2C. Apa lagi, kena lecture la dengan mak saya.
Hasilnya, Tingkatan 4, pergi & balik sekolah dihantar & dijemput. Tapi masa tu trend dah berubah lagi. Kali ini, dah jadi "gatal" sikit. Hehehe.. Dah mula nak cari boyfriend. Cinta monyet! Disebabkan insiden mencari boyfriend ni, saya mendapat nickname "BIRD" saya yang kekal hingga ke hari ini.
Bila dah masuk Tingkatan 5, dah senior kan, jadi dah mature sikit la. Aktiviti lebih kepada tuisyen untuk SPM. Walaubagaimanapun, saya masih sedikit tersisih sebab bila dah besar ni, kawan-kawan saya banyak keluar pada hujung minggu. Lepak, atau menonton wayang atau shopping. Tapi, mak saya kan strict orangnya, jadi gaduhlah macam mana pun, menangis la air mata darah pun, memang tak boleh keluar. Jadi, nak escape, saya gunakan peluang masa tuisyen. Masa tu saya dah ada boyfriend. Kebetulan tuisyen Fizik saya hari Sabtu. Jadi kalau janji nak dating, saya janji time tuisyen Fizik. Hahaha.. Jahat jugak rupanya aku ni.
Aktiviti saya yang baru adalah menjual kek coklat. Entah dari mana datang minat, saya tiba-tiba suka nak buat kek coklat. Kemudian dapat idea untuk jual di sekolah. Jadi setiap hari, balik dari sekolah, saya terus buat kek. Kemudian saya potong kecil-kecil, masuk dalam plastik & saya jual 50 sen sekeping. Mula-mula tu slow sikit la.. Tapi lama-lama, saya famous dek kek coklat saya. Bila orang nampak saya datang bawak paperbag, mesti diorang akan tanya, "kau bawak kek hari ni? aku chop 4!" Penangan kek coklat saya ni melarat sampai ke cikgu sekali. Sampai ada yang order berbuku-buku dengan saya. Lepas habis peperiksaan SPM, bisnes saya diteruskan dengan menjual kek coklat tapi bukan keping-keping kecil lagi. Jual sebuku-sebuku. Boleh kosong saja, boleh dengan topping, boleh double-layer. Kemudian ada pulak kawan-kawan yang datang "berguru" dengan saya.. Hahaha.. Akhirnya saya dikenali sebagai "Bird, si penjual kek coklat".
Begitu banyak pengalaman pahit dan manis yang kita lalui sepanjang perjalanan kita dari zaman kanak-kanak hingga ke alam remaja hingga ke alam dewasa. Ini pun saya tak cerita semuanya. Kalau cerita semua memang tak habis la entry saya ni.. Mungkin akan sampai ke Part 10. Hah!
Apa pun, saya bersyukur kerana saya menjadi saya pada ketika ini. Apa sahaja tindakan mak saya pada ketika itu, memang ada sebabnya. Bila kita sendiri sudah menjadi ibu, kita akan tau akan juga buat perkara yang sama dengan anak kita. Kerana kita sayang & kerana kita mahu anak-anak kita berjaya. Dari aspek lain, saya cuma terkilan tentang satu perkara, iaitu sehingga ke hari ini, saya masih tiada lagi seorang kawan yang boleh saya panggil SAHABAT BAIK saya. Sering terlintas di dalam hati saya yang saya memang tak ada "luck" bila bersahabat. Itu cerita lain, di hari lain. Tapi pasti akan saya kongsi bersama suatu hari nanti.....

6 comments:

mia said...

Mcm ada certain benda yg aku bru tau la!

Siti Shuhadah said...

apa? apa?

Anonymous said...

sekolah menengah form 1-3 di convent dgn form 6 ssi. the best time of my life! =) sgt gumbira masuk skola dua2 tu.

Siti Shuhadah said...

form 4-5?

Qoka.. said...

seriously kak mia? 'baru tahu'.. i've known everything in this post already. Except that I dunno my playgirl sister is actually had trouble making friends..
Hehehe.

Siti Shuhadah said...

i still have trouble with friends.. having one is one thing, keeping the friendship last is hard...as i said, i have no best friends, except my sisters.. awww..shucks!