BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

Monday, April 12, 2010

Urut Oh Urut

Pernahkah anda merasa sangat penat sampai nak angkat tangan pun anda tak larat? Dek kerana kepenatan yang amat sangat, hari jumaat yang lalu, saya "terlajak" pagi itu sampai anak saya pun "terponteng" sekolah. Hehehe.. Bila bangun saja, rasa segala urat-urat dalam badan ni mcm ditarik-tarik.. Tegang.. "Tak boleh jadi ni. Kena urut ni," bisik hati saya. Jadi saya pun terus menghubungi tukang urut saya, Kak Neneng. Orang Surabaya yang sudah lama menetap di Shah Alam (ada permit!) yang memang best! Dia mengurut cara tradisional, maknanya anda akan terjerit-jerit bila diurut sebab dia bukan urut untuk bagi anda sedap, tapi untuk menghilangkan sakit & lenguh-lenguh badan anda. Seperti yang dijanji, Kak Neneng datang jam 11.30 pagi. Sebelum itu, jenuh saya merayu pada suami saya supaya bawak "lari" budak-budak supaya saya boleh mendapat ketenangan masa mengurut. "Apa yang sakit dik?" tanya Kak Neneng. "Semuanya kak. Dah lama tak urut ni, badan macam masuk angin," jawab saya. Kali terakhir saya urut badan rasanya 3 bulan lalu. Lama! Selalunya saya pastikan sebulan sekali saya panggil Kak Neneng untuk urut badan. Bukan apa, kitakan orang perempuan. Badan ni nak pakai lama. Kenalah jaga. Yang turun perlu dinaikkan, yang tegang perlu dilembutkan. Betul tak? Jadi bermulalah sesi menjerit saya. Walaupun sakit, saya cuba menikmati urutan Kak Neneng. sempat jugaklah terlelap sekejap. Final touch, urut kepala.. Best gila, sampai saya sendawa tak berhenti. Lega sungguh rasa badan saya. Dari hujung kaki sampai hujung kepala. Rasa lega seluruh anggota tubuh badan saya. "Adik makan jamu?" tanya Kak Neneng. "Memang mau kak, tapi Kak Neng kata tak ada," jawab saya. "Ini saya bawa adik. Bagus untuk perut & badan. Rasa segar lepas makan. RM15 saja sepaket. Makan 7 biji pagi, 7 biji malam." "Mau kak, saya cuba satu dulu." Memang dah lama saya mencari jamu untuk dimakan. Tapi takut nak cuba yang dipasaran, takut jenama je lebih, kesannya tak ada. Setakat ni, saya rasa kesan dari makan jamu tu. Badan lambat rasa penat.
Selain dengan Kak Neneng, saya juga ada reflexologist yang best. Nama dia Zie. Dia buat house call. Jadi bila-bila saya rasa kaki saya lenguh semacam, saya call aja dia. Mesti dia datang. Dia urut memang best! Sampai tertidur-tidur! Pernah juga saya teringin nak rasa urut di spa. Cari punya cari yang harga dia reasonable, saya pun mencuba spa kepunyaan Diana Rafar, D'Lugano di Seksyen 13, Shah Alam. Pun best jugak! Suasana dalam spa sangat cantik & aman & sunyi & sangat berbeza dari suasana di luar kedai. Anda akan merasa seolah-olah anda berada di suatu tempat yang lain. Di dalam spa tersebut, terdapat beberapa gazebo mini yang menempatkan katil urut & bathtub. Dengan aroma yang wangi dan suasana yang sunyi, saya terlena seketika. Saya recommend anda pergi membelai badan anda di sana. Harganya pun berpatutan.

2 comments:

Anonymous said...

ada x no.phone kak neneng tu..nk try urut la..

melati said...

kak neneng urut mahal x?
d'lugano tu brape ye bajet yg dia..?