Hi. Semalam saya dah ter-miss satu entry. Gara-gara nak tengok ABPBH punya pasal! Jadi, hari ni saya ada satu topik baru untuk dikongsi. Anda jenis ibu yang bagaimana? Yang lemah lembut dan tidak pernah jentik pun anak anda, atau yang tegas dan ringan tangan? Saya, a mixture of both. Saya tidak mahu jadi ibu yang garang mahupun ringan tangan. Cuma kadang-kadang kalau Ammer dah terlalu nakal dan menyebabkan adiknya menangis, melayang jugak tangan saya ni. Apa pendapat anda? Apakah sebenarnya cara yang betul untuk mendidik anak kita? Perlukah kita tegas dan menghukum mereka setiap kali mereka membuat kesalahan, atau kita hanya perlu menegur mereka dengan lembut? Bagi saya, ketegasan itu perlu, kerana bila saya dengar perihal kanak-kanak zaman ini, saya jadi takut. Takut anak saya tergolong antara budak-budak nakal yang selalu dipaparkan di dada-dada akhbar mahupun TV. Pengaruh TV dan Internet sudah tentu menjadi salah satu penyumbang kepada masalah sosial sekarang ni. Kenapa saya pilih topik ini?
Ibu saya seorang guru. Dia seorang ibu yang sangat tegas & kadang-kadang garang. Masa kita kecik-kecik dulu, kita memang tak boleh terima kenapa mak kita selalu marah kita pasal benda-benda yang pada kita tak penting. Bila saya dah dewasa dan dah ada anak sendiri, baru kita tahu kenapa mak kita buat apa yang dia buat dulu. Macam saya, saya boleh dikatakan garang. Saya pernah cakap yang saya tak mahu jadi garang macam mak saya. Tapi sekarang ni saya memang garang dengan anak-anak. Sebab? Anak saya yang sulung adalah lelaki. Kalau dibanding dengan anak perempuan, anak lelaki pun agak susah untuk dididik. Degil. Tengok zaman sekarang. Nauzubillahiminzalik! Minta dijauhkan dari keturunan saya. Ada yang mencuri, merompak, mengedar dadah dan yang paling teruk, membuntingkan anak dara orang. Ya Allah, jauhkan anak-anak ku dari perkara yang boleh menyesatkan dan mengaibkan ini Ya Allah. Jadi, bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya. Bukanlah saya ni garang sepanjang masa. Kalau boleh, saya cuba cakap dengan lembut dulu. Tegur beberapa kali dengan lembut. Tapi kalau memang dah tak boleh makan saman, ringanlah tangan saya. Kalau ikut mak mertua saya, dia akan cakap, "budak lagi, bukan faham pun." Betul, memang Ammer baru 3 tahun umurnya. Tapi kalau perbuatan yang salah tu kita biarkan, bukankah itu akan menjadi satu tabiat bila dia besar nanti? Alah bisa tegal biasa. Bukan menuding, tapi mungkin dek konsep yang diamalkan oleh mak mertua saya tu, anak-anaknya jadi seperti yang ada sekarang. Kadang-kadang saya cakap dalam hati, tak nak pukul Ammer, marah aja. Tapi bila dia buat perangai, kita pulak penat, kadang-kadang jadi geram. Bila saya tengok dia tidur, tenang aja. Kesian pulak bila diingatkan yang petang tadi dia kena rotan. Bukan dera ok! Pukul tandanya sayang. Pukul tandanya saya tak mahu anak saya jadi budak-budak liar yang tak makan saman & tak ada disiplin. Saya nak anak saya berjaya, dunia & akhirat.
Sekarang si adik, Aleeyah, pun dah mula nakal. Sesekali tu, tertepuk jugak tangan dia kalau dia nakal. Anak perempuan, macam mana pun, lembutnya ada. Dia anak mak. Almaklum, menyusu badan, jadi manjanya lebih pada saya. Jadi, apa pendapat anda? Garang atau tidak?
Sunday, April 4, 2010
Mamaku Garang!
Posted by Siti Shuhadah at 11:57 PM
Labels: Mamaku Garang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
oops.
jangan garang sgt. nnti budak2 'immune' dgn garang. dah tk takot.
the most important, ALLAH.
What goes around comes around.
Be good to HIM and u'll get good.
ps: please remove the captcha kat comment ni. bothering!
rasanye tak payah pukul kot..tapi marah dah bagitau kene dia kene marah..kalo pukul dia akan ingat sampai bila2.. :)
SP
ralat : ..tapi marah dan bagitau kenape..
SP
ralat : ..tapi marah dan bagitau kenape..
SP
selalunya, dimulakan dengan teguran, tapi kalau makin menjadi2 terpaksa "angkat tangan". memang betul dia akan ingat, tapi ingat yg perkara dibuat itu salah dan tidak diulangi. pukul tandanya sayang & untuk membentuk..
thanks SP..
Post a Comment